TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH

TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH

Walaupun Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan setiap bulan dan baki yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, penerima perlu ketahui bahawa Kerajaan telah menetapkan tarikh akhir penggunaan duit Bantuan SARA untuk tahun 2025.

Bilakah tarikh akhir guna duit Bantuan SARA dalam IC? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN : SEMAK STATUS 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN TAMBAHAN

TARIKH DUIT BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025

Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima setiap bulan secara one-off (sekaligus) mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

JENIS PENGKREDITANTARIKH KREDIT
Pengkreditan Setiap BulanFasa 1 :
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025

Fasa 2 :
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Pengkreditan Sekaligus
(One-off)
31 Ogos 2025

TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Semua penerima diingatkan agar menggunakan duit Bantuan SARA yang ada dalam IC sebelum tarikh akhir kerana baki yang ada tidak akan dibawa ke tahun berikutnya. Penerima perlu menggunakan sebelum tarikh akhir berikut :

JENIS PENGKREDITANTARIKH AKHIR GUNATEMPOH PENGGUNAAN
Setiap bulan
(Fasa 1)
31 Disember 202512 bulan
Setiap Bulan
(Fasa 2)
31 Disember 20259 bulan
Sekaligus
(One-off)
31 Disember 20254 bulan

JUMLAH DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Duit Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima mengikut jumlah yang berbeza mengikut kelayakan penerima :

  • Pengkreditan Setiap Bulan (Penerima Miskin) :
    • 700,000 ribu penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar tersenarai e-Kasih.
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
(FASA 1)
JUMLAH KREDIT
(FASA 2)
Isi RumahRM100 sebulanRM200 sebulan
Warga EmasRM100 sebulanRM150 sebulan
BujangRM50 sebulanRM50 sebulan
  • Pengkreditan Setiap Bulan (Penerima Bukan Miskin) :
    • 4.7 juta penerima asas Bukan Miskin / Miskin Tegar.
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
(FASA 1)
JUMLAH KREDIT
(FASA 2)
Isi RumahRM100 sebulan
Warga EmasRM50 sebulan
Bujang
  • Pengkreditan Sekaligus (Semua Rakyat Dewasa) :
    • 22 juta rakyat dewasa termasuk 5.4 juta penerima miskin dan bukan miskin.
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
ONE-OFF
Isi RumahRM100 suami
dan
RM100 isteri
Warga EmasRM100
BujangRM100

CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC

Bagi penerima yang masih belum menggunakan Bantuan SARA dalam IC, sila buat pembelian barang keperluan asas mengikut cara-cara yang mudah seperti berikut :

  1. Pergi ke premis yang berdaftar dengan SARA.
  2. Pastikan anda membawa IC bersama.
  3. Ambil barang keperluan asas yang mempunyai label SARA.
  4. Pergi ke kaunter yang terpilih SARA MyKasih.
  5. Berikan IC kepada juruwang yang bertugas.
  6. Juruwang akan imbas dan sahkan baki penerima.
  7. Barang yang terpilih akan diimbas oleh juruwang.
  8. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC penerima.
  9. Resit dan IC akan diberikan.
  10. Selesai.

SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Baki duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma dalam telefon pintar. Ikuti cara semak baki seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon pintar anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke Aplikasi MyKasih’.
  7. Tandakan pada ‘Telah Dibaca dan Saya Setuju’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [TERUSKAN].
  9. Klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki] untuk mengetahui status.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
  12. Tandakan pada butang [Verifikasi] dan klik [Semakan Status].
  13. Status dan Baki Bantuan dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN LANJUT SARA

Maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dikongsikan untuk memudahkan carian and. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak SARA yang berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment