TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 : SEMAK BILA TAMAT TEMPOH
SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025.
BACA JUGA : SEMAK BILA TAMAT TEMPOH BANTUAN SARA DALAM MYKAD
TARIKH PENGKREDITAN DUIT SARA DALAM MYKAD 2025
Bantuan SARA bagi tahun 2025 dikreditkan dalam MyKad penerima mengikut tarikh seperti berikut :
| PENERIMA MISKIN | PENERIMA ASAS |
|---|---|
| 15 Januari 2025 | – |
| 1 Februari 2025 | – |
| 1 Mac 2025 | – |
| 1 April 2025 | 1 April 2025 |
| 1 Mei 2025 | 1 Mei 2025 |
| 1 Jun 2025 | 1 Jun 2025 |
| 1 Julai 2025 | 1 Julai 2025 |
| 1 Ogos 2025 | 1 Ogos 2025 |
| 1 September 2025 | 1 September 2025 |
| 1 Oktober 2025 | 1 Oktober 2025 |
| 1 November 2025 | 1 November 2025 |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Asas boleh menggunakan SARA sehingga tarikh berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AKHIR GUNA SARA |
|---|---|
| Penerima Miskin | 31 Disember 2025 |
| Penerima Asas | 31 Disember 2025 |
JUMLAH DUIT SARA DALAM MYKAD 2025
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima mengikut jumlah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | MISKIN & MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS SARA
Status bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad untuk tahun 2025 boleh disemak seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status dan Baki Bantuan SARA dalam MyKad untuk Fasa November akan dipaparkan.
- Selesai
CARA GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD
Bagaimana cara guna SARA adalah cuma perlu bawa MyKad ke kedai yang terpilih. Caranya adalah seperti berikut :
Macam mana nak beli barang guna duit bantuan SARA one-off ni secara cashless guna MyKad?
Mudah je, langkah-langkah membeli barangan adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Imbas kod barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad
- Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian
- Simpan resit untuk semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
RUJUKAN
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]