SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH BARU
IC atau Kad Pengenalan seramai 5.4 juta rakyat Malaysia yang terpilih telahpun menerima duit bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan bermula 1 November 2025 (Sabtu) untuk Fasa November dan ianya perlu digunakan sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah cara semak bayaran duit Bantuan SARA Dalam IC Fasa November? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN EWALLET RM300 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK SEBAGAI PENERIMA ATAU TIDAK & CARA REGISTER PERMOHONAN
KADAR BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Bukan semua kategori akan terima bayaran duit Bantuan SARA dalam IC dengan kadar yang sama. Namun untuk bayaran Fasa November, Bantuan SARA akan dikreditkan dengan kadar sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN UNTUK PENERIMA MISKIN | KADAR BAYARAN UNTUK PENERIMA ASAS |
|---|---|---|
| ISI RUMAH (Berpasangan atau Ibu/bapa tunggal) | RM200 (November) | RM100 (November) |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 (November) | RM50 (November) |
| BUJANG | RM50 (November) | – |
SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Untuk mengetahui sama ada duit Bantuan SARA telah dikreditkan dalam IC atau belum bagi Fasa November, semakan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi seperti di bawah berikut :
- Pergi ke pautan Portal Rasmi SARA MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman Portal SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Tunggu pengesahan ‘Verification’.
- Kemudian, terus klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut adalah contoh status kelayakan penerima yang ‘Layak’ menerima Bantuan SARA Dalam IC :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 01/04/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
| Baki (RM) | 100.00 |
KEGUNAAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC khas perlu digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas yang penting. Namun, barang-barang keperluan asas mestilah seperti berikut :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
*Nota Penting : Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan SARA yang ada dalam IC penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
- Bilakah duit Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima untuk Fasa November?
- Untuk Fasa November, Kerajaan telah mengkreditkan Bantuan SARA bermula 1 November 2025 dalam IC penerima yang layak.
- Adakah duit Bantuan SARA dalam IC masih boleh digunakan?
- Ya, duit Bantuan SARA yang ada dalam IC masih boleh digunakan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
- Berapa ramaikah rakyat yang layak untuk terima duit Bantuan SARA dalam IC bagi Fasa November?
- Bantuan SARA untuk Fasa November dikreditkan dalam IC 5.4 juta rakyat.
- Dimanakah boleh guna duit Bantuan SARA dalam IC?
- Duit Bantuan SARA dalam IC boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di lebih 7,800 kedai serta pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia. Rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Bolehkah duit Bantuan SARA yang ada dalam IC dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh, duit Bantuan SARA hanya boleh digunakan untuk bayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.
RUJUKAN LANJUT SARA
Maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan kami kongsikan untuk mudahkan carian orang awam berkaitan ‘Bantuan SARA’. Namun, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan ‘Bantuan SARA’, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih SARA : 03-7720 1800.
- Talian SARA : 03-7720 1900.
- E-mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/