BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH
Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibayar setiap bulan dan bayaran kini memasuki Fasa November. Setiap penerima yang disahkan layak telahpun menerima duit dalam MyKad dan perlu dihabiskan untuk beli apa sahaja barang keperluan sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah cara semakan bayaran duit Bantuan Sara dalam MyKad Fasa November 2025? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BILANGAN PENERIMA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Tidak semua rakyat Malaysia layak untuk menerima duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad untuk Fasa November dan ianya hanya dikreditkan khas kepada seramai berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) | 700,000 ribu |
| Asas Bukan Miskin (Isi Rumah & Warga Emas) | 4.7 juta |
| 5.4 juta (keseluruhan) |
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November telah dibayar dalam MyKad 5.4 juta penerima secara sekaligus bermula pada 1 November 2025 (Sabtu) dan kini masih boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.
| FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| November | 1 November 2025 (Sabtu) |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Penerima masih boleh menggunakan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ada dalam MyKad sebelum tarikh akhir iaitu pada 31 Disember 2025 (Rabu). Sekiranya tidak digunakan sebelum tarikh akhir, baki yang ada tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN | TEMPOH SAH GUNA |
|---|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 | 12 bulan |
| Asas Bukan Miskin | 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 | 9 bulan |
JUMLAH DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Jumlah duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad untuk Fasa November kepada setiap kategori adalah tidak sama seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | MISKIN & MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Status bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad untuk Fasa November boleh disemak seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status dan Baki Bantuan SARA dalam MyKad untuk Fasa November akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]