PEMBAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Hasil duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibayar dalam IC / Kad Pengenalan penerima dapat digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan sebagainya yang penting.
Bagaimanakah cara semakan status pembayaran duit SARA dalam IC Fasa November? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
TARIKH PEMBAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Duit Bantuan SARA untuk Fasa November telah dikreditkan dalam IC 5.4 juta penerima yang layak dan sebahagian penerima telah mula menggunakannya untuk beli barang keperluan asas. Berikut adalah tarikh mula Bantuan SARA dikreditkan :
🗓️ Dibayar pada 1 November 2025, Sabtu.
TEMPOH PENGGUNAAN DUIT SARA DALAM IC
Setiap penerima yang berstatus ‘Layak’ dan menerima bayaran duit Bantuan SARA dalam IC mempunyai tempoh dan tarikh yang ditetapkan untuk penggunaan bayaran pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENGGUNAAN | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| Penerima Miskin | 12 bulan | 31 Disember 2025 |
| Penerima Bukan Miskin | 9 bulan | 31 Disember 2025 |
KADAR BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Kadar pembayaran duit Bantuan SARA dalam IC untuk Fasa November adalah dikreditkan berdasarkan kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN SARA DALAM IC |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin | RM200 / November |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 / November |
- KATEGORI WARGA EMAS (Tiada Pasangan) :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN SARA DALAM IC |
|---|---|
| Warga Emas Miskin | RM150 / November |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 / November |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN SARA DALAM IC |
|---|---|
| Bujang Miskin | RM50 / November |
| Bujang Bukan Miskin | – |
SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran duit Bantuan SARA sama ada telah dikreditkan dalam IC penerima untuk Fasa November, semakan boleh dibuat secara online seperti berikut :
- Layari laman web Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada pautan ini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang Layak :
| Nama Program | Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 01/11/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CARA GUNA DUIT SARA DALAM IC 2025
Semua penerima yang disahkan status ‘Layak’ menerima Bantuan SARA dan mempunyai baki dalam IC boleh menggunakan duit yang ada untuk membeli barang-barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
- Sila bawa IC bersama anda dan kunjungi mana-mana kedai terpilih SARA.
- Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran ‘MyKasih’.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan pengesahan dan baki dalam IC.
- Juruwang akan imbas semua barang SARA yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunaka IC.
- Resit dan IC akan diberikan.
INFO LANJUT SARA
Segala info yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]