SEMAK BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH

SEMAK BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH

Kini, pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula dikreditkan kepada 5.4 juta penerima untuk Fasa November melalui MyKad (Kad Pengenalan) dan sebahagian daripada penerima telahpun menggunakannya untuk membeli barang-barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak bayaran SARA Dalam MyKad Fasa November 2025? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA

PROSES BAYARAN SARA DALAM MYKAD

Berikut adalah proses penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad setiap penerima :

  1. Setelah permohonan STR diluluskan, penerima akan secara automatik lulus Bantuan SARA.
  2. Nombor MyKad penerima SARA akan didaftarkan dalam sistem MyKasih.
  3. Bantuan SARA akan dikreditkan dalam MyKad penerima.
  4. Penerima boleh terus guna Bantuan SARA dalam MyKad.
  5. Mestilah digunakan di kedai runci / pasar mini / pasar raya terpilih SARA.
  6. Baki yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya.

JUMLAH BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER

Untuk bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad bagi Fasa November adalah sebanyak jumlah berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN SARA
NOVEMBER
Isi Rumah Miskin TegarRM200 / setiap ketua isi rumah
Isi Rumah Bukan MiskinRM100 / setiap ketua isi rumah
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BAYARAN SARA
NOVEMBER
Warga Emas Miskin TegarRM150 / setiap individu
Warga Emas Bukan MiskinRM50 / setiap individu
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN SARA
NOVEMBER
Bujang Miskin TegarRM50 / setiap individu
Bujang Bukan Miskin

TARIKH BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER

Seramai kira-kira 5.4 juta penerima yang layak telahpun menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad untuk Fasa November pada tarikh yang tertera di bawah :

TARIKH BAYARAN SARA
MULA DIMASUKKAN
TARIKH AKHIR GUNA
SARA DALAM MYKAD
1 November 2025, Sabtu31 Disember 2025, Rabu

SEMAK BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sama ada telah dikreditkan atau belum dalam MyKad untuk Fasa November boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari laman web Portal Rasmi MyKasih SARA : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan (scroll) skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  6. Tunggu verifikasi ✅ disahkan.
  7. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  8. Status penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
StatusLayak
Tarikh Program Bermula01/04/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)200.00

LANGKAH PENGGUNAAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD

Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ serta mempunyai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad sahaja boleh menggunakan MyKad seperti berikut :

  1. Sila bawa MyKad bersama.
  2. Pergi ke kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang terdekat dan menerima bayaran SARA.
  3. Pilih barang-barang keperluan yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  5. Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipiliha.
  6. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad penerima.
  7. Resit dan MyKad akan diberikan.

RUJUKAN LANJUT SARA

Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Laman web Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA. Jika terdapat sebarang masalah atau untuk pertanyaan lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan melalui pihak SARA yang berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment