SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : (2025 BMT) SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : (2025 BMT) SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT

Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk Pekebun Kecil dan Penoreh kini boleh membuat semakan status permohonan secara online di Portal Pekebun Kecil RISDA bagi mengetahui status layak atau tidak untuk menerima bantuan tahun 2025.

Bagaimanakah semakan bantuan musim tengkujuh? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SETIAP BULAN INI

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH?

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ialah bantuan tahunan yang disediakan oleh pihak RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh agar dapat membantu dalam meringankan beban yang dihadapi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2025, terdiri daripada :

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA;
  • Pemilik keluasan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA);

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah;
  • Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

KADAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Jumlah bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada penoreh getah dan pemilik kebun kecil yang berdaftar di bawah RISDA ialah berjumlah RM800. Bantuan akan disalurkan secara berfasa (empat fasa) ke akaun yang didaftarkan oleh penerima.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan di bayar secara berperingkat dalam masa tempoh empat bulan. Kredit pembayaran dijadualkan untuk disalurkan seperti berikut :

TARIKH KREDITAMAUN BAYARAN
November 2025RM200
Disember 2025RM200
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Portal Pekebun Kecil RISDA : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] yang telah didaftarkan.
  4. Kemudian klik [Hantar].
  5. Maklumat [Status Permohonan BMT 2025] akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  6. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment