BINGKAS SELANGOR 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN INI

BINGKAS SELANGOR 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN INI

Keluarga di Selangor yang ingin menerima bantuan bulanan bagi menampung perbelanjaan barang keperluan asas, kelengkapan pendidikan dan kesihatan, boleh membuat permohonan bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor melalui BINGKAS sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara permohonan bingkas selangor 2026 dan semakan kelayakan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS EKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA UNTUK TERIMA BANTUAN SARA RM200 SETIAP BULAN

TARIKH PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026

Permohonan BINGKAS Selangor mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH PERMOHONANTARIKH TUTUP PERMOHONANKADAR BANTUAN
1 Novermber 2025 (Sabtu)Belum diumumkanRM300 Sebulan

SIAPA PERLU BUAT PERMOHONAN BAHARU?

Permohonan baharu diperlukan sekiranya :

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BINGKAS 2026; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah yang menepati syarat kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN BINGKAS

Program BINGKAS dilaksanakan Secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barang keperluan asas, secara bulanan seperti :

  • Makanan Asas (Contoh : Beras / Mi dan Bihun / Roti / Telur / Biskut / Tepung / Minyak Masak);
  • Barang Basah (Sayur-sayuran, Buah-buahan, Daging, Ayam, Ikan);
  • Bahan Perasa (Contoh : Gula dan Garam / Rempah Ratus / Sos / Kicap);
  • Produk Kebersihan (Contoh : Sabun Mandian / Ubat gigi);
  • Produk Tenusu (Contoh : Susu Segar / Susu Tepung / Susu Pekat Manis);
  • Barang Persekolahan dan Perihal Pendidikan;

Senarai kedai berdaftar BINGKAS boleh disemak di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/

PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026

Permohonan BINGKAS boleh dilakukan secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
  10. Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  11. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
  12. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  13. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  14. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  15. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  16. Permohonan telah berjaya dihantar.
  17. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BINGKAS

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR 2026

Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :

  1. Portal Rasmi BINGKAS; atau
  2. Aplikasi Selangkah.

Semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Semakan status di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

CARA GUNA BINGKAS SELANGOR

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment