BANTUAN TUNAI MYSTR 2026 : SILA SEMAK SAMA ADA ANDA BERKELAYAKAN ATAUPUN TIDAK

BANTUAN TUNAI MYSTR 2026 : SILA SEMAK SAMA ADA ANDA BERKELAYAKAN ATAUPUN TIDAK

Kerajaan Madani telah bersetuju meningkatkan kadar peruntukan untuk penyaluran Bantuan Tunai MySTR bagi tahun 2026. Seiring dengan peningkatan tersebut, 9 juta rakyat akan terima bayaran dengan kadar yang lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.

Bagaimanakah cara semak sama ada layak atau tidak Bantuan Tunai MySTR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : ANDA DIKEHENDAKI KEMAS KINI MAKLUMAT AGAR NAMA TIDAK TERCICIR DARI SENARAI PENERIMA STR

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2026

Penerima Bantuan Tunai MySTR dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Madani bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :

  • KELAYAKAN ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
  • KELAYAKAN WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 (B40 & M40).
  • KELAYAKAN BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 (B40).

NILAI BANTUAN TUNAI MYSTR 2026

Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, Kerajaan Madani akan menyalurkan Bantuan Tunai MySTR kepada 9 juta rakyat dengan nilai yang sepadan dengan kelayakan penerima bersama dengan bayaran Bantuan MySARA seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
NILAI BANTUAN
MYSTR
NILAI BANTUAN
MYSARA
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
5 anak : RM2,200
RM1,200
hingga
RM2,400
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
5 anak : RM950
RM1,200
hingga
RM2,400
Warga Emas B40 & M40RM600RM600
hingga
RM1,800
Bujang B40RM600
hingga
RM1,200

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Bagi memudahkan rakyat / penerima untuk menerima bayaran Bantuan Tunai MySTR, Kerajaan Madani menyediakan dua (2) kaedah bayaran dan kaedah pembayaran Bantuan Tunai MySTR dikekalkan dengan dua (2) cara seperti berikut :

  • Bayaran Secara Tunai Di Kaunter Bank :
    • Bagi penerima yang tiada akaun bank atau penerima status ‘Gagal Kredit’ atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran Bantuan Tunai MySTR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter yang bersesuaian.
  • Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank :
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank pula akan menerima bayaran Bantua Tunai MySTR terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Pembayaran Bantuan Tunai MySTR bukanlah dilakukan secara sekaligus terus. Namun, Kerajaan Madani akan membayarnya kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual berikut :

FASA SATU (1)FASA DUA (2)FASA TIGA (3)FASA EMPAT (4)
Januari 2026Mac 2026Ogos 2026Oktober 2026

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Kerajaan Madani menyediakan sebuah laman web Portal Rasmi MySTR yang memudahkan untuk pemohon untuk menyemak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Tunai MySTR. Semakan boleh dilakukan dengan mudah seperti berikut :

  1. Layari laman web Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama Portal MySTR, sila klik butang [Log Masuk].
    • *Pastikan anda telah mendaftar akaun baharu.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, terus klik butang [Semak].
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan nama anda.
  6. Jika betul, sila klik butang [Ya].
  7. Masukkan terus [Kata Laluan] yang telah diciptakan.
  8. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  9. Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN MYSTR

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai MySTR :

  • Hotline MySTR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline MySTR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment