SEMAKAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAUPUN TIDAK TERIMA BANTUAN MISKIN TEGAR E-KASIH
Pendaftaran di Sistem eKasih (Pangkalan Data Kemiskinan Nasional) amat penting untuk kerajaan memantau dan membantu golongan berpendapatan rendah seperti miskin dan miskin tegar dalam menerima bantuan yang sewajarnya.
Bagaimanakah semakan ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU SISTEM EKASIH?
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan bagi tujuan merancang, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan.
Maklumat kemiskinan seperti profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima akan disimpan dalam sistem ini.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH 2026
Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Tidak mempunyai pendapatan tetap; ATAU
- Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
MANFAAT PENDAFTARAN SISTEM EKASIH
Dengan mendaftar eKasih, individu yang layak akan berpeluang menerima pelbagai jenis Bantuan Tunai Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (PSKR) dan banyak lagi manfaat lain yang akan diperoleh.
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN EKASIH
Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) untuk pendaftaran eKasih :
- Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah.
- Salinan Kad Pengenalan Ahli Isi Rumah.
- Salinan Slip Pendapatan Ketua Isi Rumah & Ahli Isi Rumah atau Penegesahan Pendapatan.
- Bil Air Atau Elektrik.
PENDAFTARAN EKASIH 2026
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
SEMAKAN EKASIH 2026
Sekiranya telah berdaftar eKasih, status permohonan boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sistem Pangkalan Data eKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan : 03-8000 8000
- e-Mel : [email protected]
- Soalan Lazim FAQ eKASIH
Saya pesara kerajaan tidak berpencen
Saya peseta tidak berpencen