SEMAKAN BINGKAS SELANGOR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN (EWALLET)

SEMAKAN BINGKAS SELANGOR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN (EWALLET)

Permohonan Bantuan khas kewangan di bawah Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kini dibuka. Keluarga-keluarga Selangor yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan, untuk menikmati bantuan bulanan bagi memenuhi keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status bantuan bingkas Selangor 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN BULANAN B40 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SETIAP BULAN TERSEBUT

APA ITU BINGKAS SELANGOR 2026?

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor yang memerlukan dalam mendepani cabaran ekonomi.

Program BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :

  • Secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah.
  • Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barang keperluan asas, secara bulanan seperti :
  • Makanan Asas (Contoh : Beras / Mi dan Bihun / Roti / Telur / Biskut / Tepung / Minyak Masak);
  • Bahan Basah (Contoh : Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Daging, Ayam, Ikan);
  • Bahan Perasa (Contoh : Gula dan Garam / Rempah Ratus / Sos / Kicap);
  • Produk Kebersihan (Contoh : Sabun Mandian / Ubat gigi);
  • Produk Tenusu (Contoh : Susu Segar / Susu Tepung / Susu Pekat Manis);
  • Barang Persekolahan dan Perihal Pendidikan;
  • Senarai kedai berdaftar BINGKAS boleh disemak di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/

AMAUN BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026

Pembayaran Bantuan BINGKAS 2026, seperti berikut :

KADAR BULANANKADAR KELAYAKAN SETAHUN
RM 300RM 3,600

SIAPA LAYAK BINGKAS SELANGOR 2026?

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

SEMAKAN BINGKAS SELANGOR 2026

Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Semak di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Semak di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

CARA GUNA BINGKAS SELANGOR

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment