BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar dalam bentuk tanpa tunai (cashless) melalui IC / Kad Pengenalan dan daripada itu, penerima yang layak boleh membuat bayaran barang keperlua asas secara tanpa tunai (cashless) di lebih 7,800 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah Semakan status bayaran duit SARA Dalam IC Fasa November? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Kerajaan MADANI telah mengkreditkan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC / Kad Pengenalan 5.4 juta penerima yang seterusnya untuk Fasa November melalui tarikh yang sama namun jumlah yang berbeza bagi setiap kategori.

TARIKH BAYARAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November dikreditkan secara serentak ke dalam IC 5.4 juta penerima ‘Miskin’ dan ‘Asas’ yang layak mengikut tarikh yang dinyatakan seperti di bawah :

🗓️ Bermula 1 November 2025 (Sabtu).

JUMLAH BAYARAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER

Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang, masing-masing terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC untuk Fasa November mengikut kelayakan ‘Miskin’ dan ‘Asas’ seperti jumlah di bawah :

  • 👫 ISI RUMAH :
    • RM200 / setiap ketua keluarga isi rumah ‘Miskin’ (Daftar eKasih).
    • RM100 / setiap ketua keluarga isi rumah ‘Asas’ (Bukan eKasih).
  • 🧓 WARGA EMAS :
    • RM150 / setiap individu Warga Emas ‘Miskin’ (Daftar eKasih).
    • RM50 / setiap individu Warga Emas ‘Asas’ (Bukan eKasih).
  • 🧒 BUJANG :
    • RM50 / setiap individu Bujang ‘Miskin’ (Daftar eKasih).

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DALAM IC

5.4 juta rakyat Malaysia yang disahkan ‘Layak’ boleh menyemak status kelayakan dan status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC untuk Fasa November secara online mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Layari laman web Portal SARA MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Laman web utama Portal SARA MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor IC / Kad Pengenalan anda.
  7. Tunggu Verifikasi disahkan.
  8. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan bersama jumlah baki dalam IC.
  10. Selesai.

CARA GUNA DUIT SARA DALAM IC 2025

Walaupun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula dikreditkan sejak Januari, namun masih ada segelintir penerima tidak pernah menggunakan IC untuk beli barang keperluan asas. Berikut dikongsikan cara guna duit dalam IC dengan mudah :

  1. Lawati pasar raya / pasar mini / kedai runcit terdekat yang berdaftar.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA.
  3. Selesai memilih barang, pergi ke kaunter bayaran.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan.
  5. Semua barang keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  6. Bayaran akan disahkan menggunakan IC penerima.
  7. Resit dan IC penerima akan diberikan.

TEMPOH SAH GUNA DUIT SARA DALAM IC 2025

Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC adalah bermula sejak Januari dan setiap bulan sehingga kini memasuki Fasa November. Namun, ianya mempunyai tempoh sah guna seperti berikut :

  • Penerima Miskin (Daftar eKasih) : 12 bulan bermula 15 Januari hingga 31 Disember 2025.
  • Penerima Asas (Bukan eKasih) : 9 bulan bermula 1 April hingga 31 Disember 2025.

INFO LANJUT SARA

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Untuk info dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment