SEMAK STR TAMBAHAN (2026) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Peruntukan sebanyak RM15 billion bukan sahaja disalurkan melalui bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun kerajaan juga menyalurkan bayaran tambahan kepada 9 juta penerima melalui Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah cara semak STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
PENGENALAN STR TAMBAHAN
STR Tambahan atau rasminya diperkanalkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan khas sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana bayaran tambahan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima.
Setiap penerima STR akan terima bayaran tambahan SARA setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza setiap bulan dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga jumlah terkumpul setahun sebanyak berikut :
- Golongan Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang STR eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Bujang STR sahaja (Asas Bukan Miskin) | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
- Golongan Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah STR eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah STR sahaja (Asas Bukan Miskin) | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
- Golongan Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Warga Emas STR eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas STR sahaja (Asas Bukan Miskin) | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 2026
Walaupun tarikh bayaran Bantuan STR Tambahan masih belum dinyatakan, namun bayaran akan dilaksanakan secara ansur setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember (sepanjang tahun 2026) mengikut jadual berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | Januari 2026 |
| 2. | Februari 2026 |
| 3. | Mac 2026 |
| 4. | April 2026 |
| 5. | Mei 2026 |
| 6. | Jun 2026 |
| 7. | Julai 2026 |
| 8. | Ogos 2026 |
| 9. | September 2026 |
| 10. | Oktober 2026 |
| 11. | November 2026 |
| 12. | Disember 2026 |
SEMAK STR TAMBAHAN 2026
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 melalui dua (2) portal di bawah :
- Cara Semakan STR Tambahan Di Portal MySTR :
- Layari Portal MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Halaman log masuk STR akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad).
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan dengan betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian dashboard, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan STR Tambahan Di Portal MyKasih :
- Layari Portal MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah.
- Kemudian, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Penganalan (MyKad).
- Tunggu pengesahan Verifikasi.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang info yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan MySTR dan kami kongsikan untuk capaian orang awam. Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]