PERMOHONAN ONLINE BANTUAN WARGA EMAS : CARA DAFTAR BANTUAN RM600 (PANDUAN LENGKAP)
Bantuan Warga Emas (BWE) secara bulanan kepada warga emas yang memerlukan diteruskan agar dapat membantu meringankan beban kos sara hidup dalam menjalani kehidupan seharian serta memastikan kebajikan mereka terus terjaga.
Bagaimanakah permohonan online bantuan warga emas? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN WARGA EMAS?
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah skin bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas atau dikenali sebagai kategori warga emas.
Tujuan pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan seharian seperti membeli keperluan asas, serta mengurangkan beban hidup bagi yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau penjaga.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Warga Emas seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Bermastautin di Malaysia ;
- Berusia 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tiada anak (sebatang kara) dan tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
- Tidak menerima bantuan bulanan lain daripada JKM atau mana-mana agensi kerajaan yang sama jenis.
KADAR BANTUAN WARGA EMAS
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Warga Emas :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 Sebulan | Pengkreditan terus ke akaun bank penerima atau tunai di Pejabat JKM yang berhampiran jika tidak mempunyai akaun bank. |
PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS
Kaedah permohonan bantuan warga emas 2025 seperti berikut:
- Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (menggunakan borang); atau
- Permohonan secara dalam talian (online).
PERMOHONAN ONLINE BANTUAN WARGA EMAS
Panduan lengkap pendaftaran BWE seperti berikut:
- Layari portal rasmi eBantuanJKM, di pautan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan
- Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
- Kemudian, pilih [Mukim].
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat [Nama Penuh, No. Kad Pengenalan Baru] seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.
- Masukkan Kod Pengesahan seperti yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan, dan pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
Catatan : Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
BORANG PERMOHONAN
Berikut merupakan borang yang perlu diisi bagi mengemukakan permohonan bantuan secara manual :
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa mengemukan permohonan :
- Salinan MyKad pemohon,
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
- Sijil lahir anak (jika ada).
- Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/