BANTUAN IC RM100 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kadar pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bergantung kepada kategori kelayakan penerima iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, dan dikreditkan terus melalui IC (Kad Pengenalan) penerima.
Bagaimanakah semakan status bantuan ic rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IC 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN IC 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
- SARA eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
- SARA bukan eKasih (STR Sahaja)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan | RM600 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN IC RM100 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN IC
Maklumat penting mengenai pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, adalah seperti berikut :
- Kredit SARA akan dikreditkan terus melalui MyKad/ IC (Kad Pengenalan) penerima.
- Kredit SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.
- Kredit SARA akan diberikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR di mana kelayakan adalah secara automatik.
- Semua Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal menerima RM100 SARA ONE-OFF pada pertengahan Februari 2026.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]