BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH
Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November adalah merupakan bayaran yang kedua terakhir dilaksanakan untuk tahun 2025. Seramai 5.4 juta penerima yang disahkan ‘Layak’ akan terima bayaran dalam MyKad dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan.
Bagaimanakah cara semakan status bayaran SARA Dalam MyKad Fasa November? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Seramai 5.4 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad secara serentak untuk Fasa November pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH MULA BAYARAN | TARIKH AKHIR PENGGUNAAN |
|---|---|
| 1 November 2025, Sabtu | 31 Disember 2025, Rabu |
KADAR BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER
Untuk bulan November, Bantua SARA dikreditkan ke dalam MyKad 5.4 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | MISKIN & MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Rujuk panduan lengkap cara semakan status bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad secara online seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi Portal MyKasih : https://mykasih.com.my/.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama SARA MyKasih.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah Portal.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Bagi yang belum mengetahui cara menggunakan Bantuan SARA Dalam MyKad, sila ikuti panduan seperti di bawah :
- Lawati kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih SARA.
- Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli berdasarkan label SARA.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas barang keperluan yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA SARA DALAM MYKAD
Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad, adalah :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
*Nota : Perlu diingatkan, had pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan yang ada dalam MyKad.
RUJUKAN LANJUT SARA
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut berkaitan Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila buat rujukan lebih lanjut di talian / laman web / e-mel pihak SARA seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]