LESEN MEMANDU FREE 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA (PANDUAN LENGKAP)

LESEN MEMANDU FREE 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA (PANDUAN LENGKAP)

Kos yuran dan fi untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) agak tinggi dan kemungkinan sesetengah rakyat tidak mampu. Oleh itu, Kerajaan menyediakan inisiatif Program Bantuan Lesen Memandu Free (percuma) dengan tajaan penuh untuk kelas teori, amali, latihan dan ujian memandu kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah cara register permohonan Bantuan Lesen Memandu Free? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CARA PERMOHONAN BINGKAS 2026 : REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN

KELAS LESEN MEMANDU YANG DITAWARKAN FREE

Hanya satu (1) sahaja kelas lesen memandu yang ditawarkan secara percuma (free) kepada rakyat yang berkelayakan, iaitu :

KELAS LESEN MEMANDU FREETAHAP CC
B2 (Motorsikal)bawah 250cc

MAKLUMAT PROGRAM LESEN MEMANDU FREE

Berikut merupakan maklumat-maklumat program Lesen Memandu Percuma (Free) yang diperkenalkan oleh Kerajaan :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON LESEN MEMANDU FREE

Pemberian Bantuan Lesen Memandu Free (percuma) hanya terhad kepada rakyat yang menenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

PANDUAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU FREE

Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan Bantuan Lesen Memandu Free (Percuma) apabila JPJ membuka permohonan seperti berikut :

  1. Muat turun (download) borang permohonan Bantuan Lesen Memandu di atas.
  2. Isi borang mengikut maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Pilih Pusat Latihan Memandu / Institut Memandu (IM) yang terdekat.
  5. Hantar borang permohona tersebut.
  6. Sekiranya disahkan ‘LayaKk’ pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu.
  7. Selesai.

*Apabila disahkan ‘Layak’ peserta wajib hadir pada semua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU FREE

Selain mengisi borang permohonan, pemohon perlu menyertakan bersama dokumen sokongan untuk mengukuhkan permohonan. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Salinan kad pengenalan;
  • Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
  • Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
  • Gambar berukuran pasport terkini.

RUJUKAN

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2), pihak tuan / puan boleh merujuk di Laman Rasmi JPJ untuk mengetahui tarikh permohonan dibuka bagi penyertaan tahun 2026 :

Leave a Comment