CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Nama-nama pemohon yang telah berjaya memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pastinya ingin mengekalkan status kelayakan agar tetap ‘Layak’ menerima bayaran untuk tahun seterusnya. Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mengemas kini maklumat supaya nama tidak tercicir.

Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan MySTR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

KADAR BANTUAN MYSTR 2026

Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditentukan berdasarkan kadar pendapatan dan jumlah anak / tanggungan oleh pemohon seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak ke atas : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak ke atas : RM950.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600.

Selain dari kadar di atas, penerima STR juga akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik sebanyak berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM2,400.
    • Asas Bukan Miskin : RM1,200.
  • Isi Rumah M40 :
    • Asas Bukan Miskin : RM1,200.
  • Warga Emas :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM1,800.
    • Asas Bukan Miskin : RM600.
  • Bujang :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM1,200.
    • Asas Bukan Miskin : RM600.

APA MAKLUMAT BANTUAN MYSTR PERLU KEMASKINI

Antara perkara yang perlu anda sediakan untuk mengemaskini Status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :

  • Maklumat Pemohon :
    • Status perkahwinan (bujang / berkahwin / bercerai / balu).
    • Alamat tempat tinggal terkini.
    • Maklumat pekerjaan.
    • Kadar pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Nombor telefon aktif / alamat e-mel aktif.
  • Maklumat Pendapatan :
    • Kiraan pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Status pekerjaan : hilang pekerjaan / dapat kerja baharu / perniagaan sendiri / kerja sambilan).
  • Maklumat Pasangan :
    • Nama & Nombor Kad Pengenalan.
    • Status pekerjaan / pendapatan pasangan.
    • Akaun bank pasangan (jika ingin digunakan untuk pembayaran STR).
    • Status semasa (contoh : pasangan meninggal dunai / bercerai).
  • Maklumat Tanggungan :
    • Ada anak baru lahir / anak angkat baharu.
    • Anak kini melepasi umur kelayakan (21 tahun ke atas dan tidak belajar).
    • Anak meninggal dunia.
    • Anak tamat pengajian atau tidak lagi belajar sepenuh masa.
  • Maklumat Akaun Bank :
    • Tukar maklumat nombor akaun bank yang baharu (jika ada).
    • Pastikan nombor akaun masih aktif dan atas nama pemohon sendiri / pasangan.
    • Elakkan akaun bersama atau akaun syarikat.
  • Maklumat Waris :
    • Kemaskini maklumat waris yang terkini (jika berlaku pertukaran waris baharu).

CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR

Terdapat step yang perlu diikut untuk mengemaskini maklumat untuk melengkapkan permohonan Sumbangan Tuani Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSTR

Setelah kemaskini Bantuan MySTR berjaya dilakukan, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak seperti berikut :

  1. Layari Portal MySTR 2026 rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Halaman log masuk MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  4. Terus klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan penerima akan dipaparkan.
  6. Klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  8. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  10. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan : ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Sedang Diproses’.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Info yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan ‘Kemaskini STR 2026’ adalah dirujuk sepenuhdari sumber yang sahih daripada protal STR. Untuk info lebih lanjut serta terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti dibawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment