PERMOHONAN BANTUAN SELANGOR 2026 : CARA DAFTAR/REGISTER BANTUAN BINGKAS RM300 SETIAP BULAN
Permohonan bantuan kewangan bulanan Negeri Selangor melalui Program BINGKAS kini dibuka. Keluarga-keluarga Selangor yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi BINGKAS dalam tempoh permohonan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status ewallet 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS EWALLET 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PELAKSANAAN BANTUAN SELANGOR 2026
Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan dilaksanakan seperti :
- Dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah.
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barang keperluan asas, di kedai berdaftar secara bulanan.
JUMLAH BANTUAN SELANGOR 2026
Kadar Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2026 seperti berikut :
| KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
SIAPA LAYAK BANTUAN SELANGOR?
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
PERMOHONAN BANTUAN SELANGOR 2026
Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2026 seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 November 2025, Sabtu | Belum diumumkan |
CARA PERMOHONAN BANTUAN SELANGOR
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
MANFAAT BANTUAN SELANGOR
Penerima Bantuan BINGKAS membolehkan penerima mendapatkan barang keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Barang dapur basah (Contoh : Sayuran, buah-buahan, daging, ayam, ikan dan sebagainya).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
KEDAI BERDAFTAR BANTUAN SELANGOR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS untuk penerima menggunakan akaun e-Wallet Selangkah bagi mendapatkan barangan asas, termasuk pasar raya besar seperti :
- Lotus;
- 99 Speedmart.
Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
CARA GUNA BANTUAN SELANGOR
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/