BANTUAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

BANTUAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Berdasarkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Program Bantuan Lesen Percuma akan dilaksanakan pada tahun 2026 di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah.

Bagaimanakah cara register permohonan & semakan status kelayakan Bantuan Lesen Percuma? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BINGKAS 2026 : CARA DAFTAR/REGISTER BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN

TUJUAN BERI BANTUAN LESEN PERCUMA

Pihak Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melaksanakan pemberian Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) adalah bertujuan untuk :

  • Membantu mengurangkan beban kewangan khususnya golongan berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan mendapatkan lesen memandu;
  • Membantu belia yang menganggur mendapatkan kerja dalam bidang penghantaran barang dan penghantaran makanan;
  • Mengurangkan kemalangan jalan raya dengan pemilikan lesen memandu yang sah disisi undang-undang.

JENIS LESEN YANG DITAWARKAN PERCUMA

Hanya satu (1) jenis lesen sahaja yang ditawarkan secara percuma melalui Program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan tanggungan (B40) iaitu :

JENIS LESENHAD CC
Kelas B2 (Motorsikal)250cc ke bawah

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2026

Permohonan Bantuan Lesen Percuma bagi setiap negeri mempunyai had kuota yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri masing-masing. Namun tarikh permohonan untuk tahun 2026 masih belum diumumkan.

Kebiasaannya permohonan Bantuan Lesen Percuma dibuka bermula Februari hingga Oktober atau sehingga kuota penuh. Namun begitu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masing-masing akan mengeluarkan notis tarikh permohonan di laman web rasmi serta media sosial JPJ.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Kelayakan pemohon Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) ambil kira berdasarkan syarat-syarat yang dipenuhi seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 16 hingga 35 tahun;
  • Golongan B40 atau tanggungan B40;
  • Pelajar sekolah menengah / pelajar IPT / belia lepasan sekolah / penganggur muda;
  • Tidak memiliki sebarang lesen memandu (L atau P);
  • Sihat tubuh badan dan mental;
  • Tidak mempunyai rekod senarai hitam daripada Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA

  1. Sila layari laman web rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
  6. Hantar borang tersebut.
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Apabila permohonan diluluskan, status kelayakan pemohon akan dimaklumkan oleh Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mereka akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.

*Nota : Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN LESEN PERCUMA

  1. Apakah jenis kelas lesen yang ditawarkan secara percuma melalui Program MyLesen?
    • Lesen memandu yang ditawarkan secara percuma adalah Kelas B2 iaitu Motorsikal bawah 250cc.
  2. Bolehkah warga emas memohon Bantuan Lesen Percuma?
    • Permohonan Bantuan Lesen Percuma hanya khas untuk belia berumur 16 hingga 35 tahun sahaja.
  3. Berapakah fi dan yuran yang perlu dibayar oleh pemohon yang layak?
    • Fi dan yuran teori, latihan, amali dan ujian adalah ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  4. Dimanakah boleh menjalani latihan untuk lesen memandu percuma?
    • Di mana-mana Institut Memandu (IM) yang berdaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  5. Bilakah permohonan Bantuan Lesen Percuma dibuka?
    • Tarikh permohonan Bantuan Lesen Percuma masih belum diketahui dan perlu disemak di laman rasmi atau media sosial JPJ dari semasa ke semasa.

RUJUKAN LANJUT

Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2), pihak tuan / puan boleh semak di laman web rasmi atau media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti berikut :

Leave a Comment