PERMOHONAN BINGKAS (2026) : CARA REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
Program BINGKAS atau rasminya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah merupakan sebuah bantuan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) bagi membantu ketua isi rumah menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah cara permohonan BINGKAS? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
TARIKH PERMOHONAN BINGKAS
Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan baharu bagi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dan pemohon yang layak boleh mula memohon bermula pada :
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
|---|---|
| 1 November 2025 (Sabtu) | Belum dinyatakan |
SYARAT KELAYAKAN BINGKAS
Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh kemukakan permohonan segera. Berikut adalah antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Mempunyai anak / tanggungan 2 orang atau lebih berusia 18 tahun ke bawah;
- Merupakan pemilih / pengundi berdaftar di Selangor.
CARA PENERIMAAN BINGKAS
Setelah berjaya memohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), penerima akan menerima bayaran mengikut cara seperti berikut :
- Bantuan RM300 dikreditkan secara tanpa tunai dalam e-Dompet BINGKAS.
- Penerima boleh membuat pembelian secara tanpa tunai di kedai / pasaraya berdaftar.
- Setiap bulan Bantuan BINGKAS akan ditambah nilai RM300 secara automatik.
- Baki yang tidak habis digunakan pada bulan sebelum tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
CARA PERMOHONAN BINGKAS
Mudah sahaja untuk memohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), kerana ianya boleh dikemukakan secara atas talian (online) mengikut panduan yang lengkap seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan berjaya, muat turun aplikasi Selangkah dan aktifkan akaun e-Dompet anda untuk terima bayaran.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon Bantuan BINGKAS adalah :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
RUJUKAN LANJUT
Secara rasminya kami menulis artikel ini berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi BINGKAS dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang awam. Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak BINGKAS seperti berikut :
- Laman Rujukan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600