SEMAKAN BAYARAN RAYUAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)
Keputusan rayuan bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan diumumkan tidak lama lagi dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang lulus dan memenuhi syarat rayuan.
Bagaimanakah semakan bayaran rayuan str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SARA MYKASIH
TARIKH BAYARAN RAYUAN STR
Pembayaran Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 seperti berikut:
| FASA RAYUAN STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 13 November 2025 (Khamis) |
SEMAKAN RAYUAN BAYARAN STR
Status Keputusan Rayuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN RAYUAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
| Bujang | RM 150 |
KAEDAH BAYARAN STR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]