CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
MyKasih adalah sebuah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup dan program ini diteruskan lagi pada tahun 2026 untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah cara permohonan MyKasih 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
KAEDAH BAYARAN MYKASIH 2026
Kerajaan akan membayar Bantuan MyKasih melalui kaedah yang sama kepada semua penerima yang layak iaitu melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) pada setiap bulan.
- Pembayaran melalui Kad Pengenalan (MyKad) pada setiap bulan kepada 9 juta rakyat; dan
- Pembayaran melalui Kad Pengenalan (MyKad) sekaligus (one-off) kepada 22 juta rakyat.
KADAR BAYARAN MYKASIH 2026
Kadar bayaran Bantuan MyKad adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Bayaran MyKasih Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | MISKIN & MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN | 
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan RM2,400 setahun | RM100 sebulan RM1,200 setahun | 
| Warga Emas | RM150 sebulan RM1,800 setahun | RM50 sebulan RM600 setahun | 
| Bujang | RM100 sebulan RM1,200 setahun | RM50 sebulan RM600 setahun | 
- Bayaran MyKasih Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | MISKIN & MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN | SEMUA RAKYAT DEWASA | 
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM100 | RM100 | 
| Warga Emas | RM100 | RM100 | RM100 | 
| Bujang | RM100 | RM100 | RM100 | 
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2026 :
- Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa;
- Lulus Permohonan STR 2026 kategori :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
 
- Berdaftar & tersenarai dalam pangkalan data eKasih sebagai penerima miskin & miskin tegar sehingga 31 Oktober 2025.
 
- Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Permohonan STR 2026 kategori :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
 
 
CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026
Kelayakan Bantuan MyKasih (SARA) untuk tahun 2026 adalah diberikan secara automatik kepada Individu yang berjaya mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih.
Berikut merupakan cara permohonan yang lengkap :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang. (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
 
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
 
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
 
- Selesai.
CARA REGISTER MYKASIH 2026
Bagi individu yang berpendapatan bawah garis kemiskinan boleh mendaftar eKasih seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
 
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Artikel yang kami tulis dan kongsikan ini dirujuk sepenuhnya daripada sumber yang sahih iaitu Portal MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
