SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Kini, status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 boleh diketahui melalui semakan status di Portal rasmi MySTR yang baharu dan ianya lebih mudah untuk disemak.
Bagaimanakah cara semakan status MySTR 2026? Sila rujuk panduan lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN STR 2026 : MUAT TURUN/DOWNLOAD & CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
APA ITU MYSTR?
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan sebuah program bantuan kewangan oleh Kerajaan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).
MySTR pula merupakan Portal Rasmi yang dibangunkan oleh Kerajaan untuk urusan seperti permohonan, kemaskini maklumat, semakan status kelayakan, jadual bayaran dan sebagainya yang memudahkan rakyat.
SYARAT STATUS MYSTR 2026
Hanya rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Antara syarat status bagi tahun 2026 adalah :
| SYARAT | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia | Malaysia |
| Umur | Tiada had | 60 & ke atas | 21 – 59 tahun |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM5,000 | Bawah RM5,000 | Bawah RM2,500 |
| Status Perkahwinan | Kahwin / Balu / Cerai | Balu / Duda / Janda | Bujang / Balu / Duda / Janda |
KADAR BANTUAN STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan di bayar bersama bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang berbeza bagi setiap kategori penerima. Berikut merupakan kadar bayaran bagi tahun 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 +RM1,200 | RM200 +RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 +RM1,200 | RM450 +RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 +RM1,200 | RM700 +RM1,200 |
| 5 ke atas | RM2,200 +RM1,200 | RM950 +RM1,200 |
- Kategori Warga Emas :
| BIL. ANAK | WARGA EMAS TIADA PASANGAN |
|---|---|
| Tiada | RM600 +RM600 |
- Kategori Bujang :
| BIL. ANAK | BUJANG / BALU / DUDA / JANDA |
|---|---|
| Tiada | RM0 +RM600 |
*Nota : Tambahan (+) yang dinyatakan di atas adalah kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas disalurkan secara automatik kepada penerima STR.
PAUTAN PORTAL RASMI MYSTR 2026
Untuk sebarang semakan status kelayakan atau status bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026, semua rakyat hanya perlu akses ke Portal Rasmi MySTR 2026 yang terbaru seperti pautan di bawah :
SEMAKAN STATUS MYSTR 2026
Panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 melalui Portal Rasmi MySTR adalah seperti di bawah :
- Sila ke Portal Rasmi MySTR 2026.
- Halaman utama MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Bagi yang telah mendaftar akaun baharu, terus klik butang [Log Masuk].
- Isikan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika Kata Kunci tersebut betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Untuk semakan status, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR
- Apakah kegunaan Portal MySTR 2026?
- Ia boleh digunakan untuk permohonan baharu, kemaskini maklumat, semakan status dan semakan bayaran dengan mudah dan cepat.
- Siapa yang boleh guna Portal MySTR 2026?
- Semua penerima STR sedia ada, pemohon baharu, atau yang ingin membuat kemaskini maklumat permohonan.
- Bilakah Portal MySTR boleh diakses untuk permohonan baharu dan kemaskini?
- Portal MySTR telah dibuka untuk permohonan baharu dan kemaskini bermula 13 Oktober 2025.
- Adakah penerima sedia ada perlu mendaftar akaun baharu di Portal MySTR 2026?
- Ya, semua penerima sedia ada perlu mendaftar akaun baharu di portal MySTR 2026 walaupun telah mempunyai akaun terdahulu.
- Bilakah bayaran pertama STR 2026?
- Bayaran pertama iaitu Fasa 1 biasanya dilaksanakan pada bulan Januari dan Februari. Namun untuk bayaran tahun 2026 masih belum diketahui.
RUJUKAN MYSTR
Artikel ini kami tulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MySTR dan dikongsikan untuk memudahkan capaian orang ramai berkaitan Bantuan STR. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :
- Laman Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]