PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026 : MOHON SEGERA UNTUK LAYAK TERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026 : MOHON SEGERA UNTUK LAYAK TERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bagi mengelakkan anda tercicir daripada menerima manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan bagi sepanjang tahun 2026, pastikan anda memohon dan mendaftar supaya layak untuk menerimanya.

Bagaimanakah cara permohonan Bantuan SARA 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN DUIT STR (BANTUAN FASA 4 2025) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN SARA?

Bantuan SARA bermaksud Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan satu program bantuan tambahan khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang meningkat.

Namun Bantuan SARA bukanlah dibayar mengikut fasa seperti Bantuan STR. Bantuan SARA akan dibayar secara bulanan untuk membantu penerima menampung perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.

CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA 2026

Semua penerima termasuk isi rumah, warga emas mahupun bujang akan menerima bayaran Bantuan SARA dengan cara yang sama iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima.

  1. Bayaran Bantuan SARA dimasukkan dalam MyKad.
  2. Penerima boleh guna MyKad untuk beli barang keperluan asas.
  3. Baki Bantuan SARA dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Seiring dengan pertambahan jumlah peruntukan, Kerajaan turut menaikan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 kepada semua penerima STR dan eKasih mengikut kadar berikut :

  • Penerima STR Sahaja (Asas Bukan Miskin) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi RumahRM1,200 setahun
Warga EmasRM600 setahun
BujangRM600 setahun
  • Penerima STR & eKasih (Miskin & Miskin Tegar) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi RumahRM2,400 setahun
Warga EmasRM1,200 setahun
BujangRM600 setahun

Serta tambahan sebanyak RM100 akan turut diberikan secara one-off pada pertengahan bulan Februari 2026 kepada 22 juta rakyat termasuk penerima STR dan eKasih untuk membantu rakyat membuat persiapan menyambutan Ramadhan.

PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan rakyat yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih sebagai Miskin dan Miskin Tegar. Oleh itu anda perlu memohon Bantuan STR dan mendaftar eKasih seperti berikut :

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026 MELALUI STR

    1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
    3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
    4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
    6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
    7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
      • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
      • Pilihan Pekerjaan.
      • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
      • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
        • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
      • Alamat Surat Menyurat pemohon.
      • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
      • Masukkan Nombor Akaun Bank.
      • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
    8. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
      • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
    10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
    11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
    12. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
    14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
    15. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
    16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
      • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
    17. ⁠Selesai.

    CARA PENDAFTARAN BANTUAN SARA 2026 MELALUI EKASIH

    1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
    2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
    3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
    4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
    5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
    6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
    7. Selesai.

    INFO LANJUT BANTUAN SARA

    Segala informasi yang kami tulis ini adalah berdasarkan maklumat terkini daripada Belanjawan 2026 berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk di bawah :

    • Talian Bantuan SARA : 03 – 7720 1800
    • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
    • e-Mel :[email protected]

    Leave a Comment