SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH)
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk membantu golongan memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat serta menampung perbelanjaan bulanan penerima.
Bagaimanakah cara semak sara 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH 2026 (BANTUAN SARA)
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH PEMBAYARAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SARA (BERSTATUS EKASIH) | KADAR SARA (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
PEMBAYARAN SARA 2026
Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM1,200 setahun (RM100 sebulan);
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan);
Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
SEMAK SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara semakan status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Layari Portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 15 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
- Makanan Sejuk Beku;
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026 :
- Siapa yang layak menerima SARA 2026?
- Semua penerima STR 2026, termasuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.
- Bagaimanakah semak status kelayakan SARA 2026?
- Status kelayakan SARA 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan ‘tidak layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau mengemukakan rayuan STR kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR.
- Bila bantuan SARA 2026 akan dikreditkan?
- Seperti sebelum ini, bantuan bakal dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
- Bagaimana cara guna bantuan dalam MyKad?
- Kunjungi Kedai Berdaftar dan pilih barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA, kemudian bayar barangan tersebut menggunakan MyKad anda.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Semakan bantuan Mykasih20