SEMAKAN MYKASIH 2026 (BANTUAN SARA)
Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah, Program MyKasih diteruskan dengan pengkreditan melalui MyKad untuk penerima mendapatkan barangan keperluan asas bagi menampung perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah semakan mykasih 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : BAYARAN FASA 3 2026 (RM600)
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan MyKasih 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Bantuan MyKasih 2026, boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
AMAUN KELAYAKAN MYKASIH 2026
Kadar kelayakan MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
PEMBAYARAN MYKASIH 2026
Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan);
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan).
Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH (SARA) 2026:
- Adakah permohonan baharu diperlukan untuk MyKasih 2026?
- Permohonan baharu hanya diperlukan jika individu tidak menerima STR, kerana kelayakan MyKasih adalah secara automatik berdasarkan kelayakan STR. Manakala, penerima sedia ada STR tidak memerlukan permohonan baharu dan bantuan akan diberikan secara automatik.
- Bila tarikh bantuan MyKasih 2026 dikreditkan?
- Seperti sebelum ini, bantuan bakal dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
- Siapa yang layak MyKasih 2026?
- Semua penerima STR 2026 (penerima baharu atau penerima sedia ada) akan tersenarai sebagai penerima MyKasih 2026 secara automatik.
- Bagaimanakah semak status kelayakan MyKasih 2026?
- Status kelayakan MyKasih 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan ‘tidak layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau mengemukakan rayuan STR kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026