SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 (SEMAKAN BANTUAN SARA)
Terkini! Permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2026 kini dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengemukakan permohonan untuk menerima SARA secara bulanan.
Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH)
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membolehkan semua penerima STR menerima SARA secara automatik.
Bantuan ini diteruskan untuk tahun 2026, membolehkan penerima STR dapat menikmati bantuan tambahan dalam bentuk barangan keperluan asas yang disalurkan melalui MyKad penerima untuk mendapatkan barangan di kedai berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
PERMOHONAN
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah secara automatik berdasarkan kelayakan STR 2026. Oleh itu, individu yang belum pernah memohon bantuan STR, hendaklah terlebih dahulu memohon STR untuk menerima SARA 2026.
Panduan lengkap permohonan STR 2026, seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan pemohon.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris.
- Seterusnya, sahkan permohonan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
JUMLAH KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM1,200 | RM2,400 |
Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM1,200 | RM2,900 |
Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM1,200 | RM3,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM200 | RM1,200 | RM1,400 |
Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 | RM1,650 |
Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 | RM2,150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|
RM600 | RM600 | RM1,200 |
- Bujang
Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|
– | RM600 | RM600 |
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN (RM) |
---|---|
Penerima STR Sahaja | Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan) |
Penerima STR Berstatus eKasih | Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan) |
Semua Rakyat Malaysia (Berusia 18 tahun ke atas) | RM100 ONE-OFF (Disalurkan pada Februari 2026) |
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Cara semakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]