SEMAKAN STATUS SARA 2026 (BANTUAN MYKASIH)
Secara rasminya penerima yang berstatus lulus dan layak menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 adalah direkodkan tidak lebih dari 8.2 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas serta individu bujang (belum berkahwin, balu, duda dan janda).
Bagaimanakah semakan status sara 2026? Ikuti panduan semakan dan baca info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Penerima Bantuan SARA MyKasih 2026 mestilah terdiri daripada mereka yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Pendapatan Pendapatan :
- RM1,189 – RM2,705 dan Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- RM2,500 – RM5,000 dan Tidak tersenarai sebagai Miskin & Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- 18 tahun & ke atas : Isi rumah.
- 21 – 59 tahun : Bujang.
- 60 tahun & ke atas : Warga Emas.
SEMAKAN AMAUN SARA 2026
Kadar amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dibayar mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah & Tersenarai eKasih:
| Bilangan Anak | AMAUN BAYARAN SARA |
|---|---|
| Tiada Anak (0) | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Anak 1 hingga 2 | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Anak 3 hingga 4 | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Anak 5 ke atas | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 & Tidak Tersenarai eKasih :
| Bilangan Anak | AMAUN BAYARAN SARA |
|---|---|
| Tiada Anak (0) | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Anak 1 hingga 2 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Anak 3 hingga 4 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Anak 5 ke atas | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
| Bilangan Anak | AMAUN BAYARAN SARA (Penerima eKasih) | AMAUN BAYARAN SARA (Penerima Bukan eKasih) |
|---|---|---|
| Tiada yang masih tanggungan | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
- Bujang :
| Bilangan Anak | AMAUN BAYARAN SARA (Penerima eKasih) | AMAUN BAYARAN SARA (Penerima Bukan eKasih) |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
RINGKASAN PEMBAYARAN SARA 2026
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| CARA BAYARAN SARA | MEDIUM PENERIMAAN |
|---|---|
| Pembayaran Bantuan SARA dilaksanakan secara pengkreditan tanpa tunai setiap bulan | Dalam Kad Pengenalan (MyKad) |
SEMAKAN STATUS SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara semakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
PERMOHONAN SARA 2026
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah secara automatik berdasarkan kelayakan STR 2026. Oleh itu, jika individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda perlu mohon STR untuk menerima SARA 2026.
Panduan lengkap permohonan STR 2026, seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan pemohon.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris.
- Seterusnya, sahkan permohonan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:
- Bila tarikh bantuan SARA 2026 dikredtkan?
- Seperti sebelum ini, bantuan bakal ddikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
- Adakah SARA 2026 turut diberikan kepada Kategori Bujang?
- Ya. Semua kategori bujang STR 2026 (penerima baharu atau penerima sedia ada) akan tersenarai sebagai penerima SARA 2026 secara automatik.
- Di mana boleh semak status kelayakan SARA 2026?
- Status kelayakan SARA 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
- Bolehkah bantuan SARA digunakan untuk membeli barangan selain barangan yang diluluskan?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan dengan menggunakan MyKad di kedai berdaftar. Jika penerima ingin membeli selain barangan yang diluluskan, penerima perlu membayara secara tunai.
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan ‘tidak layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau mengemukakan rayuan STR kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]