LOGIN PORTAL MYSTR : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Terkini, sebelum menyemak status atau kemaskini permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026, pemohon perlu mendaftar akaun baharu dan log masuk (login) akaun tersebut supaya dapat menerima bayaran untuk tahun 2026 dengan kadar yang selayaknya.
Bagaimanakah cara login portal MySTR untuk semakan status dan kemaskini permohonan Bantuan Tunai STR? Ikuti panduan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
BAYARAN BANTUAN MYSTR 2026
Sama seperti tahun sebelum ini, bayaran Bantuan STR 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa melalui bayaran tunai ke dalam akaun bank penerima atau melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR 2026 bersama tambahan SARA kepada setiap kategori penerima :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan RM2,500 ke bawah) :
BIL. ANAK | STR 2026 | SARA 2026 |
---|---|---|
0 | RM700 | RM1,200 |
1-2 | RM1,200 | RM1,200 |
3-4 | RM1,700 | RM1,200 |
>5 | RM2,200 | RM1,200 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
BIL. ANAK | STR 2026 | SARA 2026 |
---|---|---|
0 | RM200 | RM1,200 |
1-2 | RM450 | RM1,200 |
3-4 | RM700 | RM1,200 |
>5 | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
BIL. ANAK | STR 2026 | SARA 2026 |
---|---|---|
0 | RM600 | RM600 |
- Bujang :
BIL. ANAK | STR 2026 | SARA 2026 |
---|---|---|
0 | – | RM600 |
DAFTAR PORTAL AKAUN MYSTR
Sebelum login / log masuk ke Portal MySTR, pemohon perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu untuk pengesahan maklumat penerima sedia ada masih aktif. Ikuti cara daftar akaun MySTR yang baharu seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- klik butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik [Daftar Pengguna Baharu] untuk meneruskan.
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang [Seterusnya].
- *Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya.
- Anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOGIN PORTAL MYSTR
Setelah selesai daftar akaun, anda boleh terus login / log masuk akaun menggunakan ID dan Kata Laluan yang anda telah ciptakan semasa pendaftaran. Ikuti cara login / log masuk ke portal seperti berikut :
- Pergi ke laman login / log masuk MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Sila klik butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, klik sekali lagi butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya log masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
KEMASKINI PERMOHONAN MYSTR
Selepas anda berjaya login akaun MySTR, anda boleh terus membuat pengemaskinian maklumat permohonan yang baharu mengikut panduan seperti berikut :
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAKAN STATUS MYSTR
Seterusnya, untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima MySTR, anda boleh terus membuat semakan status seperti panduan di bawah :
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
- Terus klik butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN MYSTR
Kami hanya menyediakan maklumat di atas berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MySTR sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak MySTR di bawah :
(Waktu operasi untuk rujukan adalah daripada 8:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja)
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.