MYSTR ONLINE : SEMAKAN STATUS, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU

MYSTR ONLINE : SEMAKAN STATUS, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU

Tempoh permohonan baru dan perubahan maklumat permohonan adalah sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025 dan pemohon yang tidak pernah kemaskini permohonan selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan baru untuk penerimaan tahun 2026.

Bagaimanakah cara semakan status, kemaskini dan permohonan baru MySTR secara online? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR : PERMOHONAN, REGISTER, DAFTAR, LOGIN MASUK, SEMAKAN STATUS

SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN MYSTR

ISI RUMAH :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

WARGA EMAS :

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 60 tahun dan ke atas;
  • Tiada pasangan / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
  • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BUJANG :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
  • Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

Akaun baru MySTR perlu didaftarkan oleh semua pemohon dan penerima sedia ada. Ikuti cara pendaftaran akaun baru MySTR seperti berikut :

  1. Sila ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. ⁠Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. ⁠Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

CARA KEMASKINI MYSTR ONLINE

Pemohon / penerima sedia ada perlu membuat pengemaskinian permohonan MySTR untuk penerimaan bayara 2026. Ikuti cara kemaskini MySTR seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. ⁠Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. ⁠Tekan (Semak).
  5. ⁠Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. ⁠Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. ⁠Sekiranya anda berjaya log masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  11. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan.
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  12. Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
  13. Kemasikini Maklumat Waris.
  14. Muat naik dokumen Sokongan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  16. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  17. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

CARA PERMOHONAN MYSTR ONLINE

Bagi individu yang belum membuat permohonan, ikuti cara permohonan MySTR seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  16. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  17. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  18. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  19. ⁠Selesai.

SEMAKAN STATUS MYSTR ONLINE

Status kelayakan penerima boleh disemak secara online sahaja. Ikuti cara semakan status seperti berikut :

  1. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  2. Tekan (Semak).
  3. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  5. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  6. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  7. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  8. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  9. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN RASMI MYSTR

Panduan-panduan yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan cara pendaftaran akaun, permohonan baru, kemaskini permohonan dan semakan status MySTR secara online adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk rujukan lebih lanjut pihak berwajib di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment