SEMAKAN E KASIH ONLINE (MYKASIH SARA 2026)
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan dengan penambahbaikan dimana syarat kelayakan diperluaskan membolehkan lebih ramai layak menerima bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup penerima.
Bagaimanakah semakan e kasih online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN EKASIH 2026 : REGISTER/DAFTAR BANTUAN SARA MYKASIH
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN E KASIH
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
KADAR KELAYAKAN E KASIH
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,200 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,200 5 Anak dan Ke atas : RM 1,200 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 1,200 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,200 5 Anak dan Ke atas : RM 1,200 |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | RM 600 |
Catatan : Kategori isi Rumah eKasih berpendapatan RM2,500 ke bawah yang mempunyai 5 anak ke atas akan menerima kadar kelayakan SARA sehingga RM2,400 setahun.
SEMAKAN E KASIH ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh dilsemak secara online seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Cara semakan status kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) E KASIH 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA E KASIH 2026:
- Adakah SARA akan diteruskan pada tahun 2026?
- Ya. Dalam belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SARA akan diteruskan bagi tahun 2026 untuk penerima mendapatkan barangan keperluan asas.
- Bagaimanakah cara semakan penerima SARA?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
- Apakah kegunaan SARA dalam MyKad?
- Pengkreditan SARA ke dalam MyKad penerima membolehkan penerima untuk membeli barangan asas di kedai yang terpilih.
- Adakah saya layak SARA jika saya bukan penerima STR?
- Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan bantuan. Namun, SARA ONE-OFF RM100 pada bulan Februari 2026 akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Bilakah pembayaran SARA 2026 akan bermula?
- Tarikh rasmi pembayaran SARA belum diumumkan oleh pihak MOF, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]