PERMOHONAN EKASIH 2026 : REGISTER/DAFTAR BANTUAN SARA MYKASIH
Melalui pendaftaran di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional memboleh golongan berpendapatan rendah (B40) dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah permohonan ekasih untuk bantuan sara mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 2026 : SENARAI & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & PERMOHONAN

APA ITU EKASIH?
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan bagi tujuan merancang, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan.
Indvidu yang tersenarai dalam sistem eKasih layak menerima pelbagai program bantuan kerajaan termasuk STR dan SARA.
JENIS BANTUAN DI BAWAH EKASIH
Melalui pendaftaran Sistem eKasih, terdapat beberapa bantuan yang layak diterima oleh KIR, antaranya :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan tunai secara berfasa (empat fasa) kepada golongan berpendapatan rendah; dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Program lanjutan daripada STR kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih secara bulanan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu yang tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih, dan penerima STR.
SIAPA YANG LAYAK PERMOHONAN EKASIH 2026?
Kelayakan penerima Bantuan di bawah Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
JUMLAH BANTUAN DI BAWAH EKASIH 2026
Kadar antuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM1,200 | RM2,400 |
Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM1,200 | RM2,900 |
Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM1,200 | RM3,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM200 | RM1,200 | RM1,400 |
Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 | RM1,650 |
Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 | RM2,150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|
RM600 | RM600 | RM1,200 |
- Bujang
Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|
– | RM600 | RM600 |
PERMOHONAN EKASIH 2026
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
PERMOHONAN STR 2026
Panduan Lengkap Permohonan STR 2026 adalah seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik jika anda berjaya berdaftar di eKasih dan lulus bantuan STR 2026.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Status Kelayakan Penerima SARA 2026 boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Cara semakan status kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) EKASIH 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan EKASIH 2025:
- Siapa yang layak daftar Sistem eKasih?
- Keluarga atau Isi Rumah yang berpendapatan rendah (Miskin dan Miskin Tegar) berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Adakah boleh saya daftar eKasih secara online?
- Tidak boleh. Pendaftaran Sistem eKasih hanya secara fizikal melalui pejabat daerah. Hanya semakan status sahaja boleh dilakukan secara online
- Berapa lama tempoh lulus pendaftaran eKasih?
- Tempoh permohonan adalah bergantung kepada proses semakan dan pengesahan oleh Pihak berwajib.
- Jika saya sudah pernah daftar STR, adakah perlu daftar eKasih lagi?
- Ya, kerana STR hanya bantuan tunai, manakala eKasih adalah pangkalan data rasmi untuk menerima pelbagai jenis bantuan kerajaan.
- Apakah saya boleh membuat rayuan jika permohonan ditolak?
- Ya. Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh embuat permohonan melalui pejabat daerah.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sistem Pangkalan Data eKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan : 03-8000 8000
- Talian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih: 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]