PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : CARA MOHON BAP 2026 RM150
Terkini! Dalam pembentangan belanjawan 2026, Kerajaan meneruskan lagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid sekolah dengan kadar peruntukan pelaksanaan bantuan adalah sebanyak RM800 juta.
Bagaimanakah permohonan bantuan awal persekolahan 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah bantuan tunai yang diberikan pada awal tahun sesi persekolahan kepada semua murid sekolah bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2026, sebanyak RM800 juta bakal diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan hampir 5.2 juta murid sekolah. Selain Bantuan Awal Persekolahan (BAP), kerajaan turut menyediakan Biasisiwa Kecil Persekutuan, Bantuan Rancangan Makanan Tambahan, dan Bantuan Am Persekolahan khusus kepada mereka berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan.
SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 sesi 2026/2027;
- Bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK);
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
- Sekolah Agama;
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
- Kolej PERMATA;
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
- Sekolah Integriti;
- Sekolah Henry Gurney;
JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diberikan kepada semua murid sekolah kerajaan, tanpa mengira pendapatan ibu bapa seperti berikut : dengan jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak
JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 | RM150 Bantuan akan diagihkan secara sekaligus (one-off) kepada setiap murid |
KAEDAH PENGAGIHAN
Menurut belanjawan 2026, penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan dibuat secara tunai di sekolah masing-masing melalui guru kepada ibu bapa untuk memastikan terjalinnya hubungan baik di antara guru dan ibu bapa demi pendidikan murid-murid.
TARIKH & JADUAL PENGAGIHAN
Tarikh penyaluran Bantuan Awal Persekolahan masih belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah secara automatik kepada semua murid yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
Kebiasannya, borang akan diberikan oleh cikgu untuk Ibu Bapa (penerima) tandatangan sebagai tanda telah menerima duit Bantuan Awal Persekolahan ini.
SOALAN LAZIM (FAQ) BAP 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BAP 2026:
- Berapakah jumlah BAP bagi tahun 2026?
- Kadar BAP yang diberikan adalah sebanyak RM150 kepada setiap murid sekolah.
- Adakah perlu mohon BAP?
- Tidak. Kelayakan adalah secara automatik kepada semua murid sekolah yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
- Adakah sekolah swasta turut menerima BAP?
- Tidak. Bantuan ini terhad kepada pelajar sekolah kerajaan, namun dibenarkan jika berdaftar dibawah KPM.
- Bolehkan bantuan disalurkan ke dalam bank akaun?
- Tidak. Mulai 2026, kerajaan mengumumkan BAP akan disalurkan melalui guru kepada ibu bapa secara tunai di sekolah masing-masing.
- Bagaimana jika murid layak, namun tidak menerima bantuan?
- Ibu bapa boleh rujuk guru kelas di sekolah masing-masing untuk semakan dan pertanyaan lanjut.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh rujuk Belanjawan 2026 untuk mengetahui maklumat lanjut.
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Talian Kementerian Pendidikan Malaysia : 03-8000 8000
- e-Mel : [email protected]