JUMLAH STR 2026 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN
Terkini! Dalam belanjawan 2026, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal dilaksanakan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) bagi tahun 2026.
Bagaimanakah semakan jumlah kelayakan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BANTUAN 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH STR 2026
Kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut kategori penerima adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 ke atas : RM2,200 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 ke atas : RM950 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | – |
Catatan : Bantuan STR kategori bujang bagi tahun 2026 ditukarkan kepada bantuan SARA 2026.
PERMOHONAN STR 2026
Panduan lengkap cara permohonan STR 2026 adalah seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR
Status Kelayakan Penerima boleh disemakan secara online di Portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan STR 2026:
- Adakah jumlah STR 2026 telah disahkan?
- Ya. Jumlah kelayakan STR 2025 telah diumumkan dalam belanjawan 2026.
- Adakah semua kategori layak STR 2026?
- Tidak. Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak akan menerima kadar bayaran STR, namun bantuan ditukarkan kepada SARA dimana kategori bujang akan menerima bantuan melalui SARA mengikut kadar yang ditetapkan.
- Bagaimanakah cara semakan status?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan di Portal Rasmi Bantuan (Portal MySTR).
- Adakah STR 2026 dilaksanakan secara tunai?
- Bantuan 2026 disalurkan secara tunai melalui akaun bank penerima. Jika penerima tidak mempunyai bank akaun, penerima boleh tuntut secara tunai di kaunter cawangan BSN berdekatan.
- Bagaimana jika saya layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima?
- Anda perlu kemas kini maklumat di Portal Rasmi bantuan jika belum membuat pengemaskinian selama tiga tahun berturut-turut dan boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bilakah tarikh rasmi pelaksanaan STR 2026
- Tarikh rasmi pelaksanaan STR 2026 belum diumumkan oleh pihak MOF, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]