SENARAI BANTUAN 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Terkini! Tahun baharu akan tiba, begitu juga dengan pelaksanaan Inisiatif Kerajaan diperbaharui dan ditambah baik bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan senarai bantuan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STR FASA 4 BUJANG (2025 BANTUAN)

SENARAI BANTUAN 2026
Bantuan Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
CARA PELAKSANAAN BANTUAN 2026
Bantuan dilaksanakan seperti berikut:
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) |
---|---|
Bantuan Secara Berfasa | Bantuan Setiap Bulan |
Disalurkan melalui akaun bank penerima atau tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan | Disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk perbelanjaan barangan keperluan asas |
KADAR BAYARAN BANTUAN 2026
Jumlah Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
BILANGAN ANAK | KADAR STR (SETAHUN) | KADAR SARA (SETAHUN) | TOTAL KESELURUHAN (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM1,200 | RM2,400 |
Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM1,200 | RM2,900 |
Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM1,200 | RM3,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
BILANGAN ANAK | KADAR STR (SETAHUN) | KADAR SARA (SETAHUN) | TOTAL KESELURUHAN (STR + SARA) |
---|---|---|---|
Tiada Anak (0) | RM200 | RM1,200 | RM1,400 |
Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 | RM1,650 |
Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 | RM2,150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
KADAR STR (SETAHUN) | KADAR SARA (SETAHUN) | TOTAL KESELURUHAN (STR + SARA) |
---|---|---|
RM600 | RM600 | RM1,200 |
- Bujang
KADAR STR (SETAHUN) | KADAR SARA (SETAHUN) | TOTAL KESELURUHAN (STR + SARA) |
---|---|---|
– | RM600 | RM600 |
PERMOHONAN BANTUAN 2026
Permohonan STR & SARA 2026 adalah seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
- Selesai.
Untuk makluman, bantuan SARA akan disalurkan secara automatik kepada individu yang lulus dan penerima STR tanpa sebarang permohonan diperlukan.
SEMAKAN STATUS
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan bantuan 2026:
- Adakah semua orang layak untuk bantuan 2026?
- Tidak. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan sahaja layak menerima bantuan 2026.
- Bagaimanakah cara semakan senarai bantuan yang diterima?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
- Adakah bantuan ini secara tunai?
- Bantuan 2026 disalurkan secara tunai dan tanpa tunai, dimana STR disalurkan melalui akaun bank penerima, manakala SARA disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima khusus untuk perbelanjaan barangan asas.
- Bagaimana jika maklumat peribada individu berubah?
- Anda perlu kemas kini maklumat di Portal Rasmi bantuan bagi memastikan anda layak dan status semakan adalah berstatus lulus.
- Bilakah bantuan mula dibayar?
- Pelaksanaan STR dan SARA adalah berbeza, dan jadual rasmi pembayaran akan dikeluarkan oleh pihak MOF bermula tahun 2026.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]