TARIKH MASUK STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH MASUK STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan pada sebelum hari perayaan tertentu dan cuti sekolah. Begitu juga, bayaran Fasa empat (4) akan dilaksanakan awal untuk persediaan sambutan Hari Perayaan Deepavali.

Ketahui tarikh masuk bayaran STR Fasa 4 dan ikuti cara semak status kelayakan penerima terbaru di bawah.

BACA JUGA : BAJET 2026 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SENARAI INTIPATI UNTUK PENJAWAT AWAM, STR, PTPTN, BANTUAN

APA ITU STR?

STR bermaksud Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan sebuah bantuan kewangan langsung daripada Kerajaan Malaysia kepada rakyat yang kurang berkemampuan seperti golongan B40 dan M40 untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.

TARIKH MASUK STR FASA 4 2025

Pada awalnya bayaran STR Fasa 4 dijadualkan akan dibayar pada bulan November, namun kerajaan bersetuju untuk awalkan bayaran STR Fasa 4 sempena persiapan perayaan Hari Deepavali. Berikut merupakan tarikh mula bayaran STR Fasa 4 :

  • Bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) dan berperingkat.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 2025

Bantuan STR Fasa 4 akan dibayar dengan jumlah yang berbeza bermula RM100 sehingga RM700 bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima. Berikut merupakan jumlah bayaran STR Fasa 4 mengikut kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH STR FASA 4
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 & ke atas : RM700
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 & ke atas : RM350
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH STR FASA 4
Bujang Umur 21 – 59 tahunRM150
Bujang Umur 60 tahun & ke atas
(warga emas)
RM150

CARA BANTUAN STR FASA 4 DIAGIHKAN

Penerima sedia ada dan pemohon baharu akan menerima bayaran Bantuan STR melalui dua (2) agihan yang berbeza bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA AGIHAN BANTUAN STR
Ada Maklumat Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Maklumat Akaun Bank
atau
Status “Gagal Kredit”
Diberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpana Nasional (BSN) atau melalui
pusat-pusat yang bersesuaian

CARA SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025

Penerima sedia ada dan pemohon baharu perlu mengetahui status kelayakan sebagai penerima dan maklumat pembayaran Bantuan STR Fasa 4 melalui cara semakan status yang lengkap seperti berikut :

TARIKH MASUK STR FASA 4 2025
  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Status kelayakan & Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

  1. Adakah rakyat berbangsa cina dan india juga layak terima bayaran STR?
    • Ya, Bantuan STR diberikan kepada rakyat Warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bilakah bayaran STR Fasa 4 2025?
    • Bayaran STR Fasa 4 akan mula dimasukkan bermula pada 18 Oktober 2025 dan berperingkat.
  3. Adakah Bantuan STR boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan?
    • Ya, Bantuan STR yang diberikan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja barang keperluan.
  4. Bilakah bayaran STR Fasa 4 masuk dalam Bank Simpanan Nasional?
    • Bayaran STR Fasa 4 akan dimasukkan secara berperingkat bermula 18 Oktober 2025.
  5. Adakah pada 18 Oktober 2025, semua penerima yang tiada akaun bank boleh terus tuntut di kaunter BSN?
    • Ya, penerima yang tiada akaun bank boleh terus menuntut bayaran tunai di kaunter BSN terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat berkaitan Bayaran STR Fasa 4 yang dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR Sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari Portal Rasmi MySTR atau rujuk pihak di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565
  • Alamat e-Mel : [email protected]

Leave a Comment