SEMAKAN STR FASA 4 BUJANG (2025 BANTUAN)
Terkini! Menurut YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2026, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan diawalkan kepada Oktober 2025 sempena sambutan perayaan Deepavali.
Bagaimanakah semakan str fasa 4 bujang? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BAJET 2026 : BONUS, PENJAWAT AWAM, STR, BANTUAN, PTPTN

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4 BUJANG
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH & KADAR BAYARAN STR FASA 4 BUJANG
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | KADAR BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | RM 150 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
SEMAKAN STR FASA 4 BUJANG
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 BUJANG
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah pelajar IPT sepenuh masa layak terima STR Bujang?
- Tidak boleh. Pelajar sepenuh masa tidak layak untuk memohon dan menerima bantuan STR bagi kategori bujang.
- Bagaimana jika permohonan STR Bujang ditolak?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh membuat rayuan melalui portal rasmi STR dalam tempoh yang ditetapkan.
- Adakah bayaran STR Bujang masuk ke akaun bank automatik?
- Ya, jika penerima mempunyai akaun bank aktif, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima mengikut yang didaftarkan. Jika tiada bank akaun, penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan BSN berdekatan.
- Berapa kali STR Bujang dibayar setahun?
- Pembayaran STR dibuat secara empat (4) fasa setahun.
- Adakah STR perlu dibuat permohonan baharu setiap tahun?
- Tidak, permohonan STR hanya perlu dibuat sekali sahaja. Namun, pengemaskinian maklumat perlu dilakukan sekiranya penerima tidak membuat kemaskini selama tiga (3) tahun berturut-turut, atau berlaku perubahan maklumat peribadi.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]