STR ONLINE : SEMAKAN FASA 4 2025
Kerajaan membuka portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memudahkan rakyat memohon, mengemaskini permohonan, menyemak status kelayakan dan maklumat bayaran setiap fasa (1, 2, 3 dan 4).
Ikuti maklumat bayaran STR dan cara semakan status kelayakan secara online di bawah.
BACA JUGA : CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI (SPR ONLINE)

SYARAT PENERIMA STR
Penerima STR mestilah pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu atau bapa tunggal (ada anak menepati syarat);
- Pendapatan isi rumah :
- Bawah RM2,500 (B40); atau
- RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Umur bujang :
- 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak);
- Umur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan STR sepanjang tahun 2025 adalah mengikut pada tarikh-tarikh berikut :
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 – 21 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
CARA TERIMA STR
Pemohon yang layak akan menerima bayaran STR melalui dua (2) cara berikut :
- Secara Tunai :
- Penerimaan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang bersesuaian (Penerima tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima Sabah dan Sarawak).
- Masuk Dalam Akaun :
- Penerimaan terus dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR (Penerima ada maklumat akaun bank).
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025
Fasa 4 akan dibayar kepada setiap kategori sebanyak kadar berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA SEMAKAN STR ONLINE
Ikuti cara semakan status kelayakan dan bayaran STR secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM STR
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bilakah boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
- Bila-bila masa sahaja sebelum 30 September 2025.
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsikan maklumat berkaitan bayaran Bantuan STR. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]