CARA PENDAFTARAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN SARA MYKASIH)

CARA PENDAFTARAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN SARA MYKASIH)

Penubuhan pangkalan data kemiskinan nasional Sistem eKasih membolehkan golongan rentan dan berpendapatan rendah mendapat bantuan sewajarnya dengan lebih tepat dan berkesan.

Bagaimanakah cara pendaftaran ekasih online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM300 DALAM IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA PENDAFTARAN EKASIH ONLINE

APA ITU EKASIH?

Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan bagi tujuan merancang, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan. Sistem eKasih ini dijadikan rujukan dalam program pembasmian kemiskinan, dan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan bantuan sewajarnya termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

JENIS BANTUAN DI BAWAH EKASIH

Melalui pendaftaran Sistem eKasih, terdapat beberapa bantuan yang layak diterima oleh KIR, antaranya :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan tunai secara berfasa (empat fasa) kepada golongan berpendapatan rendah; dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Program lanjutan daripada STR kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih secara bulanan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu yang tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih, dan penerima STR.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH

Kelayakan permohonan eKasih adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin atau berpendapatan rendah B40; dan
  • Pendapatan isi rumah menepati Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang layak diterima oleh KIR adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BANTUAN STR
KADAR KELAYAKAN
BANTUAN SARA
Isi RumahAntara
RM500 hingga RM2,500
(bergantung kepada jumlah anak)
RM2,100
RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM1,650
RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM600
RM50 (Januari – Disember)

CARA PENDAFTARAN EKASIH

Pendaftaran eKasih boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
  • Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

CARA PENDAFTARAN EKASIH ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

CARA SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN EKASIH ONLINE

Sekiranya telah mendaftarkan permohonan eKasih, status permohonan boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) EKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan EKASIH 2025:

  1. Siapa yang layak daftar eKasih?
    • Keluarga atau Isi Rumah yang berpendapatan rendah (Miskin dan Miskin Tegar) berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Bolehkah saya daftar eKasih secara online?
    • Tidak boleh. Pendaftaran eKasih memerlukan KIR untuk membuat permohonan secara fizikal dengan bersertakan dokumen sokongan yang sahih. Hanya semakan status sahaja boleh dibuat secara online.
  3. Jika status ditolak, apa yang perlu saya buat?
    • Anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti pendapatan terkini.
  4. Berapa lama proses semakan eKasih mengambil masa?
    • Tempoh permohonan adalah bergantung kepada proses semakan dan pengesahan oleh Pihak berwajib.
  5. Adakah maklumat saya dalam eKasih selamat?
    • Ya, data anda dilindungi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sistem Pangkalan Data eKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan : 03-8000 8000
  • Talian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih: 03 – 7720 1800
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment