BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

Kerajaan MADANI akan membentangkan Belanjawan 2026 yang merupakan siri keempat (4) dan pelaksanaan pertama (1) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Plan Malaysia Ke-13 (13MP) sebagai penanda permulaan fasa pembangunan baharu negara (2026 – 2030).

Melalui Belanjawan ini, Kerajaan Menumpukan tiga (3) aspek dan tonggak utama iaitu dengan menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan dan tatakelola yang lebih baik.

Ikuti maklumat lebih lanjut dalam artikel ini berkaitan Belanjawan pada tahun depan.

BACA JUGA : BAJET 2026 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SENARAI INTIPATI

BELANJAWAN 2026

PENGENALAN BELANJAWAN

Belanjawan adalah merupakan satu rancangan kewangan Kerajaan bagi pendapatan (hasil) dan perbelanjaan negara dalam tempoh satu (1) tahun. Kerajaan mengambil kira pencapaian tahun 2025 sebagai garis utama merangka Belanjawan2026 bagi menyampaikan input dan cadangan rakyat.

EKONOMI MALAYSIA MENUJU 2026

Berikut merupakan pencapaian ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2025 dalam menuju ke tahun 2026 :

  • KDNK (Q1 2025) berkembang sebanyak 4.4% dengan unjuran pertumbuhan tahunan daripada 4.0% sehingga 4.8% melalui dorongan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
  • Kadar inflasi terkawal sekitar 1.1% pada bulan Jun 2025 dan menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah di rantau ASEAN.
  • Kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.0% KDNK pada 2025 dan ianya sejajar dengan sasara jangka sederhana Kerajaan.
  • Ringgit Malaysia (RM) telah menokok berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dan disokong dengan aliran masuk pelaburan dan pengukuhan asas makroekonomi.

PRA-BELANJAWAN 2026

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan Pra-Belanjawan 2026 yang mana ianya melibatkan tiga (3) tonggak utama bagi memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuhkan asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia.

Antara tiga (3) aspek dan tonggak Belanjawan adalah :

  1. Menaikkan siling pertumbuhan negara.
  2. Menaikkan lantai taraf hidup rakyat.
  3. Memacu pembaharuan dan tatakelola yang baik.

FOKUS BELANJAWAN 2026

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan Pra-Belanjawan dan ramalan fokus Belanjawan adalah seperti berikut :

SUBSIDI BERSASAR & TERARAH :

  • Peralihan subsidi daripada pemberian menyeluruh kepada penyasaran subsidi yang lebih terarah bagi mengurangkan pembaziran dan bagi memastikan ianya betul-betul sampai kepada rakyat yang layak.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN & SEKTOR AWAM :

  • Bagi memodenkan perkhidmatan dan menutup jurang kompetensi, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University kepada penjawat awam.

KEMAJUAN INFRASTRUKTUR & SOKONGAN KOMUNITI :

  • Pembangunan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak, sektor pelancongan, PKS dan portfolio inklusif untuk masyarakat (warga emas, OKU, Komuniti Orang Asli, Bumiputera, Wanita dan Belia).

BANTUAN UNTUK RAKYAT :

  • Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan sebagainya untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40).

*Namun, apabila teks penuh dibentangkan, mungkin terdapat perubahan.

TARIKH PEMBENTANGAN BELANJAWAN

Pembentangan Belanjawan adalah mengikut tarikh dan masa seperti berikut :

  • 📆 10 Oktober 2025, Jumaat.
  • 🕒 3:00 petang.
  • 🏫 Dewan Rakyat.
  • 💻 Siaran Langsung [Live] : RTM, TV3, Astro Awani & https://belanjawan.mof.gov.my.

INFO LANJUT

Kami hanya berkongsikan maklumat di atas yang dirujuk daripada kenyataan PraBelanjawan Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.

Leave a Comment