BAJET 2026 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SENARAI INTIPATI UNTUK PENJAWAT AWAM, STR, PTPTN, BANTUAN
Intipati Bajet / Belanjawan 2026 telah dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025 di Dewan Rakyat dan akan disiarkan secara langsung [Live] bermula jam 4:00 petang di siaran televisyen dan melalui laman rasmi https://belanjawan.mof.gov.my.
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI menekankan tonggak utama iaitu pertumbuhan negara, taraf hidup rakyat dan reformasi pembaharuan dan tatakelola yang baik sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan Malaysia ke arah yang lebih mampan.
Dokumen PDF intipati Pembentang Bajet 2026 boleh dimuat turun secara percuma.
BACA JUGA : BILA MASUK STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BAJET 2026?
Bajet 2026 adalah merupakan rancangan kewangan kerajaan keluar dan masuk dalam tempoh satu (1) tahun bagi hasil pendapatan dan pengeluaran perbelanjaan negara bagi manfaat rakyat dan pembangunan infrastruktur yang lebih strategik.
Perdana Menteri akan membentangkan intipati Bajet 2026 yang merupakan siri keempat (4) dan pertama (1) dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK) / Pelan Malaysia Ke-13 (13MP) yang menandakan permulaan fasa pembangunan yang baharu dalam tempoh 2026 – 2030.
Intipati Bajet 2026 adalah mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025 sebagai garis utama dan juga panduan untuk Kerajaan melaksanakan Bajet 2026 bagi menyampaikan input dan cawangan rakyat.
BAJET 2026 PDF
Berikut merupakan pautan PDF intipati Bajet 2026 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang menyatakan teks ucapan penuh intipati untuk Bajet 2026 yang boleh dimuat turun :
UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI SETIAP SEKTOR UTAMA
Pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2025 dan 2026 dengan jankaan unjuran pertumbuhan daripada sektor utama seperti :
- Sektor Pertanian :
- Perkembangan dalam unjuran sebanyak 2.2% pada tahun 2026, dengan peningkatan 1.2% pada tahun 2025.
- Sektor Pembuatan :
- Dijangka akan kekal stabil pada kadar 3.0% pada tahun 2026 berbanding 2025 dengan unjuran 3.8% disokong oleh industri berorientasi eskport dan domestik.
- Sektor Perkhidmatan :
- Akan terus menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan unjuran peningkatan 5.2% pada tahun 2026 berbanding 5.1% pada tahun 2025.
- Sektor Pembinaan
- Dijangka akan kekal stabil pada kadar 6.1% pada tahun 2026 berbanding 10.1% pada tahun 2025.
- Sektor Perlombongan & Kuari :
- Dijangka berkurangan daripada 1.1% pada tahun 2025 kepada 1.0% pada tahun 2026.
FISKAL & HASIL NEGARA 2025
- Dari segi fiskal, Perbelanjaan Awam meningkat kepada RM470 bilion (berbanding RM452 bilion tahun lalu), ianya merupakan hasil daripada dana GLIC, badan berkanun dan Syarikat Milik Kerajaan (MKD) yang dioptimumkan.
- Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepadaRM343.1 bilionpada 2025 (RM334.1 bilion pada tahun sebelumnya).
- Langkah penyasaran subsidi dijangka menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
SENARAI INTIPATI BAJET 2026
Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, terdapat beberapa intipati dan peruntukan yang dinyatakan seperti senarai berikut :
Industri & Usahawan
Pelbagai inisiatif disediakan untuk memperkukuh ekosistem industri, inovasi dan daya saing usahawan :
- Kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 billion untuk usahawan tempatan, (peningkatan daripada RM40 bilion tahun 2025).
- Usahawan bumiputera di bawah Skim Jaminan SJPP akan diberikan peruntukan sebanyak RM10 billion daripada keseluruhan RM30 bilion dana jaminan.
- Bagi kontraktor G1 hingga G4 bumiputera diberikan peruntukan sehingga RM2.4 billion.
- RM40 juta diperuntukkan untuk peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi.
- Tawaran pinjaman mudah RM500 juta oleh EXIM Bank bagi syarikat yang terkesan oleh ketegangan tarif perdagangan global.
- Hampir RM1 billion disediakan bagi Institusi kewangan pembangunan (DFI) pembiayaan dan geran bagi mendukung automasi serta pendigitalan proses perniagaan.
- Peruntukan RM20 juta bagi syarikat pemula (start-up) untuk menghasilkan produk mekanisasi dan automasi, melalui kerjasama MPOB dan pemain industri sawit utama.
- Geran Pembangunan Pasaran MATRADE bernilai RM60 juta bagi membantu PMKS menembusi pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
- Sebanyak RM180 juta daripada Dana Pembangunan Industri NIMP disediakan bagi membiayai projek berimpak tinggi.
Daya Tahan Sektor Pertanian
Kesejahteraan Petani dan Pekebun Kecil dapat ditingkatkan melalui peruntukan :
- Bagi membela nasib pekebun kecil peruntuk sebanyak RM120 juta.
- Subsidi dan bantuan pesawah sebanyak RM2.62 billion.
- Untuk penyelenggaraan dan pembinaan jalan ladang di seluruh negara diperuntukan sebanyak RM50 juta.
- Untuk Peniaga kecil Tamu Desadi Sabah dan Sarawak RM20 juta disediakan.
Pembangunan Infrastruktur
- Projek Pan Borneo Sabah diteruskan mengikut jadual dengan peruntukan RM1.67 billion.
- Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1dijangka siap November 2026, dan SSLR Fasa 2 siap pertengahan 2029.
- Projek lebuh raya Sabah dan Sarawak melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM48 bilion.
- Peruntukan RM2.3 billion untuk Pembangunan lapangan terbang Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri dan dijangka siap tahun 2028.
- Projek Talian Penghantaran Southern Link untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah melibatkan peruntukan sebanyak RM765 juta.
- Untuk Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km bagi menjamin kesalinghubungan digital antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung diperuntukan sebanyak RM2 billion.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, dan Sarawak sebanyak RM6 bilion.
Pentadbiran & Keselamatan negara
- Bagi penyelenggaraan dan perolehan aset pertahanan, termasuk dua kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dan 10 kenderaan baharu MALBATT diperuntukan sebanyak RM6 billion.
- RM21.7 bilion kepada MINDEF dan RM21.2 bilion kepada KDN.
- Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan serta perolehan aset.
- Setem cukai digital dengan ciri keselamatan baharu untuk membendung pemalsuan dan ketirisan di pintu masuk negara akan diperkenalkan oleh JKDM.
- Potongan cukai Pendapatan diberikan kepada enyumbang tunai program pencegahan rasuah.
Teknologi Hijau
- RM150 disediakan oleh Dana Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk memperkukuh pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
- Syarikat yang menggunakan Teknologi Hijau Tempatan / status MyHIJAU Mark akan mendapatan Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100%.
- Peruntukan sebanyak RM10 juta diteruskan untuk Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi.
Inovasi & Digitalisasi
- SKMM akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.
- RM53 juta diberikan melalui Geran Pecutan Digital Malaysia untuk mempercepat penggunaan AI, blockchain dan komputer kuantum.
- Menjelang akhir 2025, Kerajaan menyasarkan peningkatan pengguna MyDigital ID kepada 15 juta pengguna.
- Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan (OBI Framework) dilaksanakan sepenuhnya bermula pada suku pertama 2026 untuk sektor perkilangan dan suku kedua bagi sektor perkhidmatan.
- Peruntukan sebanyak RM15 juta disediakan bagi penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels.
Kebajikan & Bantuan Untuk Rakyat
- Bayaran Bantuan STR Fasa 4 diawalkan kepada18 Oktober (sempena Deepavali).
- Peningkatan peruntukan STR dan SARA daripada RM13 billion kepada RM15 billion.
- 9 juta penerima STR akan terima SARA RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
- 1 juta penerima e-Kasih akan terima SARA RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun.
- Kategori Bujang RM50 setiap bulan melalui SARA sehingga RM600 setahun.
- Penghargaan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM100 akan diberikan semula pada pertengahan Februari 2026 kepada 22 juta rakyat berumur 18 tahun ke atas.
- Jualan dan Payung Rahmah diperbanyakan di seluruh DUN dengan peruntukan sebanyak RM1 billion.
- Subsidi & Penyasaran bersasar :
- 10 juta rakyat menikmati harga petrol RON95 RM1.99 seliter.
- RM200 sebulan diberikan untuk pengguna Diesel (pemilik individu, petani dan pekebun kecil).
- Bantuan JKM diperuntukan sebanyak RM3.1 billion kepada 560,000 penerima termasuk OKU dan warga emas.
- Untuk memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat, peruntukan diberikan sebanyak RM1 billion.
- Bagi Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI pula, peruntukan diberikan sebanyak RM110 jutauntuk memastikan masyarakat luar bandar menerima perkhidmatan kerajaan.
- Program Sejati MADANI diperluas melibatkan golongan muda dalam peningkatan pendapatan komuniti.
- 500 kampung akan dijadikan Kampung Angkat MADANI dan 1,500 sekolah dengan penyertaan sektor swasta akan dijadikan Sekolah Angkat MADANI.
- Solar MADANI diperluas ke seluruh negara.
- Potongan cukai pendapatan diberikan kepada syarikat dan individu yang menyumbang kepada Program MADANI.
Perkhidmatan Awam & Kemudahan Untuk Rakyat
- RM25 juta diberikan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) bagi pendigitalan urusan kerajaan dan inovasi baharu.
- Inisiatif STAR menjimatkankos pematuhan RM1.1 bilion, membantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Rayakini di peringkat libat urus.
- Akta Perlindungan Pengguna akan dipinda untuk memasukkan Lemon Law bagi melindungi pengguna.
- RM220 juta diperuntukkan untuk memperkukuh Institusi Parlimen, termasuk RM5 juta bagiJawatankuasa Pilihan Khas dan RM15 juta untukAPPGM.
- Untuk penyelenggaraan aset kedutaan RM31.5 juta diperuntukan.
- Pada November 2025 UTC ke-24 akan dilancarkan di Sebarang Perai, dengan RM76.6 juta bagi menaik taraf kemudahan lebih mesra rakyat.
Manfaat Untuk Penjawat Awam
- Kemudahan pengeluaran awal GCR bagi penjawat awam untuk tujuan menunaikan haji dan terhad kepada penebusan RM10,000.
- Pembiayaan LPPSA :
- Had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta.
- Pembiayaan kali ke-2 dipermudahkan tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan (disalurkan pada awal Mac 2025).
- Sumbangan Khas RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
TARIKH & MASA UMUM BAJET 2026
Berikut merupakan tarikh dan masa pengumuman Bajet 2026 yang akan dibentangkan Oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim :
- 📆 10 Oktober 2025 (Jumaat).
- 🕒 3:00 petang.
- 🏫 Dewan Rakyat.
- 💻 Siaran Lansung TV3, RTM, Astro Awani & https://belanjawan.mof.gov.my.
TEMA BAJET 2026
Tema utama Bajet 2026 adalah “Memacu Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat” dalam tiga tumpuan utama berikut :
- Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara :
- Jana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi.
- Mengerakkan strategik untuk transformasi industri Malaysia.
- Penyesuaian insentif untuk meningkatkan daya tarik pelaburan.
- Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat :
- Reformasi pasaran buruh.
- Sistem penjagaan kesihatan yang saksam dan mampan.
- Perkasakan mekanisme bantuan sosioekonomi rakyat.
- Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa depan.
- Merapatkan jurang bandar dan luar bandar.
- Memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
- Memacu Pembaharuan dan Tatakelola yang Baik :
- Memodenkan kewangan awam melalui teknologi.
- Mengukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal.
- Meningkatkan GovTech dan perkhidmatan awam.
- Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan.
FOKUS BAJET 2026
Antara fokus pembentangan Bajet 2026 adalah merangkumi perkara berikut :
- Pelaksanaan Subsidi Bersasar Dan Terarah: Bagi mengurangkan pembaziran subsidi dan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, Subsidi akan dilaksanakan secara bersasar dan terarah daripada pemberian menyeluruh.
- Pembangunan Modal Insan Dalam Sektor Awam: Sebagai usaha untk memodenkan perkhidmatan awam dan menutup jurang kompetensi, inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University akan dilaksanakan untuk penjawat awam.
- Kemajuan Infrastruktur Dan Sokongan Komuniti: Kerajaan akan memberikan fokus kepada pembangunan luar bandar, aktiviti pelancongan, PKS dan portfolio inklusif kepada masyarakat seperti warga emas, OKU, Orang Asli, Bumiputera, Wanita dan Belia.
- Sumbangan Tunai Rahmah dan Bantuan SARA : Akan diteruskan dan diberikan kepada rakyat yang layak.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini, kami hanya rujuk daripada Kenyataan Media Kementerian Kewangan berkaitan Pra-Belanjawan 2026. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pautan PDF di atas.