BAYARAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)
Fasa keempat (Fasa 4) STR 2025 bakal disalurkan kepada hampir 9 juta penerima yang layak termasuk golongan Isi Rumah, Bujang serta Warga Emas tanpa pasangan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bilakah bayaran str fasa 4 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSTR FASA 4 2025

SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PORTAL RASMI STR
Saluran Rasmi STR untuk Permohonan, Semakan Status dan Bayaran, dan Pengemaskinian Maklumat STR 2025 adalah seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN BAYARAN
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN & KEMAS KINI STR FASA 4
Tarikh tutup permohonan baharu serta pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2025 adalah pada 30 September 2025, jam 5.00 petang.
JUMLAH MAKSIMUM BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT FASA & KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
Anak 1 hingga 2 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
Anak 3 hingga 4 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 ke atas | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
Anak 1 hingga 2 | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
Anak 3 hingga 4 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 ke atas | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
- Bujang
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
JADUAL BAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
BAYARAN STR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut
- Bila tarikh bayaran STR Fasa 4, 2025 akan dikreditkan?
- Bayaran dijangka akan dikreditkan pada November 2025. Namun, tarikh rasmi belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
- Bagaimana cara buat semakan status bayaran STR?
- Semakan status bayaran boleh dibuat di portal rasmi MySTR.
- Adakah penerima STR 2024 automatik dapat bayaran STR 2025?
- Ya, penerima sedia ada akan terus tersenarai untuk menerima bayaran STR 2025, jika masih memenuhi syarat kelayakan. Namun, kemas kini maklumat perlu dilakukan sekiranya penerima tidak membuat kemaskini selama tiga (3) tahun berturut-turut, atau berlaku perubahan maklumat peribadi.
- Jika tiada akaun bank, bagaimana cara terima bayaran?
- Penerima boleh menuntut bayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
- Adakah jumlah bayaran STR sama untuk semua penerima?
- Tidak. Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti isi rumah, bilangan anak, warga emas atau bujang.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]