BELANJAWAN 2026 PENJAWAT AWAM : SEMAK INTIPATI UNTUK BONUS, KENAIKAN GAJI, JAWATAN
Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada tahun kebelakangan, terdapat pelbagai manfaat yang diberikan kepada Penjawat Awam seperti bonus, kenaikan gaji, bantuan dan sebagainya supaya ianya dapat meringankan bebanan dan meningkatkan taraf perkhidmatan pekerja.
Untuk Belanjawan 2026, Perdana Menteri akan membentangkan intipati khas untuk semua rakyat termasuk Penjawat Awam melalui tonggak utama seiring dengan usaha untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi terarah, modal insan dan tadbir urus yang lebih lain.
Ikuti informasi lebih lanjut berkaitan intipati Belanjawan 2026 untuk Penjawat Awam di bawah.
BACA JUGA : BELANJAWAN 2026 PDF : MUAT TURUN / DOWNLOAD SENARAI INTIPATI UNTUK STR, PTPTN, BANTUAN

APA ITU BELANJAWAN PENJAWAT AWAM?
Bajet atau Belanjawan adalah merupakan satu rancangan kewangan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan untuk menguruskan hasil negara dan perbelanjaan negara atau lebih mudah difahami ianya merupakan rancangan keluar masuk duit kerajaan untuk rakyat dan negara dalam tempoh satu (1) tahun.
Terdapat juga beberapa manfaat yang disediakan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2026 untuk Penjawat Awam seperti bonus tahunan, kenaikan gaji, bantuan-bantuan kewangan dan sebagainya.
TUJUAN BELANJAWAN 2026
Antara tujuan Belanjawan dirangka adalah untuk :
- Merancang Perbelanjaan Kerajaan :
- Untuk pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur, keselamatan dan bantuan untuk rakyat.
- Menentukan Sumber Pendapatan :
- Sumber pendapatan negara dapat daripada cukai, hasil minyak dan gas, duti import dan sebagainya.
- Menstabilkan Ekonomi Negara :
- Dapat mengawal inlasi negara, mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
- Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat :
- Pemberian bantuan kewangan, penyasaran subsidi dan pembangunan ekonomi untuk rakyat Malaysia yang layak.
TARIKH PENGUMUMAN BELANJAWAN 2026
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan dan membentangkan intipati Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat dan disiarkan secara langsung [Live] melalui siaran televisyen dan laman rasmi https://belanjawan.mof.gov.my pada tarikh dan masa berikut :
TARIKH PEMBENTANGAN | MASA SIARAN LANGSUNG |
---|---|
10 Oktober 2025 (Jumaat) | 3:00 petang |
Tema utama Belanjawan 2026 adalah “Memacu Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat” dengan tumpuan kepada tiga (3) tonggak utama :
- Menaikkan siling (potensi / pertumbuhan ekonomi);
- Menaikkan lantai (taraf hidup rakyat);
- Memacu reformasi dan tadbir urus yang baik.
BELANJAWAN 2026 PENJAWAT AWAM
Pembentangan Belanjawan 2026 adalah merupakan siri keempat (4) dan yang pertama (1) dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Pelan Malaysia Ke-13 (13MP) dengan fokus utama seperti berikut :
- Subsidi Terarah dan Bantuan Sosial :
- Peraliha subsidi menyeluruh kepada lebih bersasar supaya bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
- Bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STr) dijangka akan diteruskan dan diperluaskan.
- Pembangunan Modal Insan :
- Program latihan semula dan kenaikan kemahiran (reskilling / upskilling).
- Peningkatan dalam pendidikan dan mungkin digitalisasi pendidikan.
- Peningkatan Infrastruktur & Sokongan Komuniti :
- Projek infrastruk besar, termasuk di Sabah dan Sarawak dan prasarana luar bandar.
- Perkhidmatan awam dan sistem kesihatan yang lebih baik, akses yang lebih baik kepada rakyat.
- Reformasi & Takbir Urus Lebih Baik :
- Penekanan kepada ketelusan, kecekapan, mengurangkan pembaziran.
- Pemerkasaan sistem pengurusan kewangan awam, mungkin langkah-langkah untuk memperkukuh perundangan, memperkemas prosedur kerajaan.
- Pendapatan Negara & Fiskal :
- Usaha untuk menambah baik kutipan hasil tanpa membebankan rakyat secara langsung (contoh : cukai baru yang lebih tersasar).
- Potensi kenaikan cukai ke atas alkohol / tembakau dan pengenalan / pelaksanaan cukai karbon sebagai sebahagian daripada usaha hijau / tenaga bersih.
*Intipati Belanjawan 2026 untuk manfaat Penjawat Awam masih belum diumumkan. Ianya akan dibentangkan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) pada jam 3:00 petang.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan PraBelanjawan 2026. Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di pautan ini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.