BELANJAWAN 2026 PDF : MUAT TURUN / DOWNLOAD SENARAI INTIPATI UNTUK PENJAWAT AWAM, STR, PTPTN, BANTUAN
Pembentangan Belanjawan 2026 telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025 dan ianya akan disiarkan secara langsung [Live] di seluruh media siaran televisyen dan secara online melalui laman rasmi https://belanjawan.mof.gov.my.
Antara tonggak utama Belanjawan 2026 adalah dengan menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu reformasi pembaharuan dan tatakelola yang baik sebagai usaha meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan Malaysia ke arah yang lebih mampan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan praBelanjawan 2026 serta dokumen PDF berkaitan intipati yang boleh dimuat turun untuk bacaan lebih lanjut.
BACA JUGA : BAJET 2026 : BONUS, PENJAWAT AWAM, STR, BANTUAN, PTPTN

APA ITU BELANJAWAN?
Belanjawan adalah merupakan rancangan kewangan tahunan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus pendapatan (hasil) dan perbelanjaan negara bagi tempoh satu (1) tahun dan Belanjawan bagi tahun 2026 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Pembentangan Belanjawan 2026 adalah merupakan Belanjawan Kerajaan MADANI siri yang keempat (4) dan merupakan pertama dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) atau Pelan Malaysia Ke-13 (13MP) yang menandakan permulaan fasa pembangunan baharu negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025 sebagai garis utama dan panduan untuk pelaksanaan Belanjawan 2026 dalam menyampaikan input dan cadangan daripada rakyat.

TONGGAK UTAMA BELANJAWAN 2026
Berdasarkan kenyataan PraBelanjawan 2026 yang disediakan, Kerajaan MADANI akan meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI seperti memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuhkan asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia.
Berikut merupakan tiga tonggak utama prinsiap Ekonomi MADANI :
| TONGGAK UTAMA | KETERANGAN |
|---|---|
| Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara | -Jana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi. -Mengerakkan strategik untuk transformasi industri Malaysia. -Penyesuaian insentif untuk meningkatkan daya tarik pelaburan. |
| Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat | -Reformasi pasaran buruh. -Sistem penjagaan kesihatan yang saksama dan mampan. -Perkasakan mekanisme bantuan sosioekonomi rakyat. -Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa depan. -Merapatkan jurang bandar dan luar bandar. -Memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang. |
| Memacu Pembaharuan dan Tatakelola | -Memodenkan kewangan awam melalui teknologi. -Mengukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal. -Meningkatkan GovTech dan perkhidmatan awam. -Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan. |
BELANJAWAN 2026 PDF
Muat turun / download PDF Belanjawan 2026 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia di sini : Teks Ucapan Belanjawan 2026.
PERTUMBUHAN EKONOMI DALAM SEKTOR UTAMA
| SEKTOR UTAMA NEGARA | UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI |
|---|---|
| Pertanian | Perkembangan dalam unjuran sebanyak 2.2% pada tahun 2026, dengan peningkatan 1.2% pada tahun 2025 |
| Pembuatan | Dijangka akan kekal stabil pada kadar 3.0% pada tahun 2026 berbanding 2025 dengan unjuran 3.8% disokong oleh industri berorientasi eskport dan domestik |
| Perkhidmatan | Akan terus menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan unjuran peningkatan 5.2% pada tahun 2026 berbanding 5.1% pada tahun 2025 |
| Pembinaan | Dijangka akan kekal stabil pada kadar 6.1% pada tahun 2026 berbanding 10.1% pada tahun 2025 |
| Perlombongan & Kuari | Dijangka berkurangan daripada 1.1% pada tahun 2025 kepada 1.0% pada tahun 2026 |
HASIL EKONOMI MALAYSIA MENUJU 2026
Dalam separuh pertama tahun 2025, kadar ekonomi Malaysia berada di landasan yang kukuh melihat kepada pencapaian berikut :
- Penjimatan subsidi sekitar RM15.5 billion.
- Perkembangan KDNK (Q1 2025) sebanyak 4.4%dan unjuran tahunan antara4.0% sehingga 4.8%dengan dorangan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
- Kadar Inflasi terkawal sekitar 1.1%pada bulan Jun 2025 dan ianya menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah dalam rantau asia.
- Jumlah pengganguran pada bulan Mei 2025 telah menurun ke paras 3.0%dan menghampiri status guna tenaga penuh.
- Sejajar dengan jangkaan sederhana Kerajaan bahawa Defisit fiskal akan susut kepada 3.8% KDNKuntuk tahun 2025.
- Ringgit Malaysia meningkat berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dengan sokongan aliran pelaburan masuk dan pengukuhan asas makroekonomi.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2026
Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan intipati penuh Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat yang boleh disaksikan melalui siaran media TV3, RTM, Astro Awani dan sebagainya pada :
| TARIKH PEMBENTANGAN | MASA |
|---|---|
| 10 Oktober 2025 (Jumaat) | 3:00 petang (Waktu Malaysia) |
SENARAI INTIPATI BELANJAWAN 2026
Berikut merupakan ringkasan intipati Belanjawan 2026 :
1. Industri & Usahawan
- Kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 billion untuk usahawan tempatan, (peningkatan daripada RM40 bilion tahun 2025).
- Usahawan bumiputera di bawah Skim Jaminan SJPP akan diberikan peruntukan sebanyak RM10 billion daripada keseluruhan RM30 bilion dana jaminan.
- Bagi kontraktor G1 hingga G4 bumiputera diberikan peruntukan sehingga RM2.4 billion.
- RM40 juta diperuntukkan untuk peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi.
- Tawaran pinjaman mudah RM500 juta oleh EXIM Bank bagi syarikat yang terkesan oleh ketegangan tarif perdagangan global.
- Hampir RM1 billion disediakan bagi Institusi kewangan pembangunan (DFI) pembiayaan dan geran bagi mendukung automasi serta pendigitalan proses perniagaan.
- Peruntukan RM20 juta bagi syarikat pemula (start-up) untuk menghasilkan produk mekanisasi dan automasi, melalui kerjasama MPOB dan pemain industri sawit utama.
- Geran Pembangunan Pasaran MATRADE bernilai RM60 juta bagi membantu PMKS menembusi pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
- Sebanyak RM180 juta daripada Dana Pembangunan Industri NIMP disediakan bagi membiayai projek berimpak tinggi.
2. Sektor Pertanian
- Untuk membela nasib pekebun kecil peruntuk sebanyak RM120 juta diberikan.
- Subsidi dan bantuan pesawah sebanyak RM2.62 billion.
- Untuk penyelenggaraan dan pembinaan jalan ladang di seluruh negara diperuntukan sebanyak RM50 juta.
- Untuk Peniaga kecil Tamu Desadi Sabah dan Sarawak RM20 juta disediakan.
3. Pembangunan Infrastruktur
- Projek Pan Borneo Sabah diteruskan mengikut jadual dengan peruntukan RM1.67 billion.
- SarawakâSabah Link Road (SSLR) Fasa 1dijangka siap November 2026, dan SSLR Fasa 2 siap pertengahan 2029.
- Projek lebuh raya Sabah dan Sarawak melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM48 bilion.
- Peruntukan RM2.3 billion untuk Pembangunan lapangan terbang Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri dan dijangka siap tahun 2028.
- Projek Talian Penghantaran Southern Link untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah melibatkan peruntukan sebanyak RM765 juta.
- Untuk Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km bagi menjamin kesalinghubungan digital antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung diperuntukan sebanyak RM2 billion.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, dan Sarawak sebanyak RM6 bilion.
4. Pentadbiran & Keselamatan Negara
- Bagi penyelenggaraan dan perolehan aset pertahanan, termasuk dua kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dan 10 kenderaan baharu MALBATT diperuntukan sebanyak RM6 billion.
- RM21.7 bilion kepada MINDEF dan RM21.2 bilion kepada KDN.
- Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan serta perolehan aset.
- Setem cukai digital dengan ciri keselamatan baharu untuk membendung pemalsuan dan ketirisan di pintu masuk negara akan diperkenalkan oleh JKDM.
- Potongan cukai Pendapatan diberikan kepada enyumbang tunai program pencegahan rasuah.
5. Teknologi Hijau
- RM150 disediakan oleh Dana Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk memperkukuh pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
- Syarikat yang menggunakan Teknologi Hijau Tempatan / status MyHIJAU Mark akan mendapatan Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100%.
- Peruntukan sebanyak RM10 juta diteruskan untuk Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi.
6. Pendigitalisasi & Inovasi
- SKMM akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.
- RM53 juta diberikan melalui Geran Pecutan Digital Malaysia untuk mempercepat penggunaan AI, blockchain dan komputer kuantum.
- Menjelang akhir 2025, Kerajaan menyasarkan peningkatan pengguna MyDigital ID kepada 15 juta pengguna.
- Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan (OBI Framework) dilaksanakan sepenuhnya bermula pada suku pertama 2026 untuk sektor perkilangan dan suku kedua bagi sektor perkhidmatan.
- Peruntukan sebanyak RM15 juta disediakan bagi penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels.
7. Kebajikan & Bantuan Rakyat
- Bayaran Bantuan STR Fasa 4diawalkan kepada18 Oktober (sempena Deepavali).
- Peningkatan peruntukan STR dan SARAdaripada RM13 billion kepadaRM15 billion.
- 9 juta penerima STRakan terimaSARA RM100 setiap bulansehinggaRM1,200 setahun.
- 1 juta penerima e-Kasihakan terimaSARA RM200 setiap bulansehinggaRM2,400 setahun.
- Kategori BujangRM50 setiap bulanmelaluiSARAsehinggaRM600 setahun.
- Penghargaan SARA (Sumbangan Asas Rahmah)sebanyakRM100akan diberikan semulapada pertengahan Februari 2026kepada22 juta rakyat berumur 18 tahun ke atas.
- Jualan dan Payung Rahmah diperbanyakandi seluruh DUN dengan peruntukan sebanyakRM1 billion.
- Subsidi & Penyasaran bersasar :
- 10 juta rakyat menikmati harga petrol RON95 RM1.99 seliter.
- RM200 sebulan diberikan untuk pengguna Diesel(pemilik individu, petani dan pekebun kecil).
- Bantuan JKM diperuntukan sebanyak RM3.1 billion kepada 560,000 penerimatermasuk OKU dan warga emas.
- Untuk memperhebatIkhtiar MADANI Untuk Rakyat,peruntukan diberikan sebanyakRM1 billion.
- BagiIkhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANIpula, peruntukan diberikan sebanyak RM110 jutauntuk memastikan masyarakat luar bandar menerima perkhidmatan kerajaan.
- Program Sejati MADANIdiperluas melibatkan golongan muda dalam peningkatan pendapatan komuniti.
- 500 kampungakan dijadikanKampung Angkat MADANIdan1,500 sekolahdengan penyertaan sektor swasta akan dijadikanSekolah Angkat MADANI.
- Solar MADANIdiperluas ke seluruh negara.
- Potongan cukai pendapatandiberikan kepada syarikat dan individu yang menyumbang kepadaProgram MADANI.
8. Kemudahan Untuk Rakyat
- RM25 juta diberikan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) untuk pendigital urusan kerajaan dan inovasi baharu.
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi peringkat libat urus.
- Akta Pelindungan Pengguna akan dipinda dengan Lemon Law untuk melindungan pengguna.
- Peruntukan untuk perkukuh Institusi Parlimen diberikan peruntukan sebanyak RM220 juta dan RM5 juta untuk Jawatankuasa Pilihan Khas serta RM15 juta untuk APPGM.
- Penyelenggaraan aset kedutaan disediakan peruntukan sebanyak RM31.5 juta.
9. Manfaat Untuk Penjawat Awam
- Kemudahan pengeluaran awal GCR bagi penjawat awam untuk tujuan menunaikan haji dan terhad kepada penebusan RM10,000.
- Pembiayaan LPPSA :
- Had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta.
- Pembiayaan kali ke-2 dipermudahkan tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan (disalurkan pada awal Mac 2025).
- Sumbangan Khas RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini kami hanya berkongsikan serba sedikit maklumat yang diperoleh daripada Teks Ucapan Belanjawan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan Belanjawan 2026 yang dibentagkan oleh Perdana Menteri. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat di sini : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2026/ucapan/ub26.pdf&ved=2ahUKEwiCwNTm5JmQAxUUWXADHTdCD_kQFnoECB0QAQ&sqi=2&usg=AOvVaw396g76mXoXyiHU5u2UX4c9.