SARA 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan sebagai bantuan tambahan lanjutan kepada STR bagi menyokong perbelanjaan barangan keperluan asas sokongan perbelanjaan barangan asas penerima secara bulanan.
Bagaimanakah semakan kelayakan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM200 & RM50)

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Syarat Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik berdasarkan kriteria dia atas.
JADUAL PEMBAYARAN
Bantuan MyKasih (SARA) diagaihkan secara bulanan mengikut jadual yang disediakan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH LUPUT/TAMAT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Bermula Januari hingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Penerima STR Sahaja | Bermula April hingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
JUMLAH KELAYAKAN SARA 2025
Amaun bantuan MyKasih (SARA) 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA;
- Portal MySTR.
Cara semakan kelayakan di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan kelayakan di Portal MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Berapa amaun maksimum SARA 2025?
- Kadar maksimum bantuan bagi tahun 2025 ialah RM2,100 setahun dimana bantuan diberikan sehingga RM200 sebulan.
- Bolehkah bantuan SARA dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan hanya menggunakan MyKad.
- Siapa yang layak menerima SARA?
- Penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan bantuan termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Bagaimana cara semakan kelayakan SARA?
- Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
- Jika tiadak tersenarai sebagai penerima, adakah boleh membuat rayuan?
- Ya. Anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, dan kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]