MYKASIH 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM200 & RM50)
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bulanan kepada penerima STR kini memasuki pembayaran Oktober 2025, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar MyKasih.
Bagaimanakah semakan kelayakan mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STR BUJANG (BANTUAN FASA 4 2025)

KELAYAKAN MYKASIH 2025
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KADAR KELAYAKAN MYKASIH 2025
Amaun bantuan MyKasih (SARA) 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA;
- Portal MySTR.
Cara semakan kelayakan di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan kelayakan di Portal MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN MYKASIH
Bantuan MyKasih (SARA) diagaihkan secara bulanan mengikut jadual yang disediakan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH LUPUT/TAMAT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Bermula Januari hingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Penerima STR Sahaja | Bermula April hingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
KEGUNAAN MYKASIH
Pelaksanaan MyKasih (SARA) membolehkan penerima menggunakan bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar mykasih.
SENARAI KEDAI TERIMA MYKASIH
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Siapa yang layak menerima MyKasih?
- Penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan bantuan termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Bagaimana cara semakan kelayakan MyKasih?
- Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
- Bolehkah bantuan MyKasih dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan hanya menggunakan MyKad.
- Berapa jumlah maksimum MyKasih 2025?
- Kadar maksimum bantuan bagi tahun 2025 ialah RM2,100 setahun dimana bantuan diberikan sehingga RM200 sebulan.
- Jika tidak tersenarai sebagai penerima, adakah boleh membuat rayuan?
- Ya. Anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, dan kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]