SEMAK STR BUJANG (BANTUAN FASA 4 2025)

SEMAK STR BUJANG (BANTUAN FASA 4 2025)

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 akan dikreditkan secara berperingkat kepada semua kategori penerima yang layak, termasuk penerima sedia ada serta penerima baharu.

Bagaimanakah semak status str bujang fasa 4? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR BUJANG : SEMAKAN STATUS FASA 4 2025

SEMAK STR BUJANG

PENGENALAN STR BUJANG

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang ialah bantuan wang tunai yang diberikan oleh Kerajaan kepada individu bujang berpendapatan rendah bagi meringankan kos sara hidup harian.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang (Tidak Berkahwin); atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STR BUJANG

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

KADAR BAYARAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk penerima kategori bujang adalah seperti berikut:

Kelayakan
Maksimum
Fasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
RM600RM150RM150RM150RM150

TARIKH BAYARAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 4Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa

CARA PEMBAYARAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bagaimana jika terlupa kata laluan MySTR?
    • Anda boleh reset kata laluan di portal MySTR dan memasukkan kata laluan baharu.
  2. Adakah pelajar IPT sepenuh masa layak menerima STR bujang?
    • Tidak boleh. Pelajar sepenuh masa tidak layak untuk memohon dan menerima bantuan STR bagi kategori bujang.
  3. Adakah STR bujang masuk terus ke akaun bank?
    • Ya, jika penerima mempunyai akaun bank aktif, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima yang didaftarkan. Jika tiada bank akaun, penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan BSN berdekatan.
  4. Bolehkah buat rayuan jika tidak layak?
    • Boleh. Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh membuat rayuan melalui Portal MySTR dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Adakah penerima STR bujang juga layak untuk bantuan SARA/MyKasih?
    • Penerima STR bujang berstatus eKasih layak menerima bantuan tambahan bulanan MyKasih (SARA).

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

    Leave a Comment