BILA MASUK STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILA MASUK STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka sehingga 30 September 2025, dijangka seramai 9 juta individu yang akan menerima bayaran untuk fasa keempat (4) anggaran pada bulan November 2025.

Ketahui bila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dimasukkan, kaedah bayaran dan kadar bayaran yang akan dimasukkan lebih lanjut di dalam artikel ini.

BACA JUGA : BANTUAN DI DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

STR FASA 4

SIAPA LAYAK STR FASA 4?

A. Kategori Isi Rumah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berpasangan ada atau tiada anak; atau
  • Ibu atau bapa tunggal ada anak;
  • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).

B. Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada pasangan (balu / duda / janda) & tiada anak;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.

C. Kategori Bujang :

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum berkahwin; atau
  • Balu / duda / janda tiada anak;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
  • Bukan pelajar di IPTA / IPTS sepenuh masa;
  • Pendapatan bujang RM2,500 dan ke bawah.

BILA MASUK STR FASA 4 2025

Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa :

  • Fasa 1 : 22 Januari – 28 Januari 2025
  • Fasa 2 : 24 Mac – 27 Mac 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos – 21 Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

*Tarikh bayaran STR Fasa 4 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan. Sekiranya ianya telah diumumkan, pihak kami aka kemaskini maklumat di atas.

CARA MASUK STR FASA 4 2025

Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan STR Fasa 4 seperti berikut :

Dimasukkan terus ke dalam akaun bank :

  • Bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

Diberikan secara tunai :

  • Bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank / penerima yang status ‘Gagal Kredit’ / penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak melalui kaunter Bank Simpanan Nasional atau mana-mana pusat yang sesuai dimaklumkan oleh Kerajaan.

KADAR BANTUAN STR FASA 4 2025

Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 4 sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR FASA 4
Isi Rumah B400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 & ke atas : RM700
Isi Rumah M400 anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 & ke atas : RM350
Warga EmasRM150
BujangRM150
CARA SEMAKAN STATUS STR

CARA SEMAK STATUS STR

Berikut merupakan panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima Bantuan STR :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

CARA SET LUPA KATA LALUAN STR

Bagi yang tidak dapat log masuk akaun STR kerana terlupa kata laluan, boleh set semula seperti berikut :

  1. Pada halaman utama STR, klik pada butang [Log Masuk].
  2. Klik pada butang [Terlupa Kata Laluan].
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Masukkan alamat e-Mel yang aktif.
  6. Klik butang [Seterusnya].
  7. Kata kunci keselamat akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Jawab soalan keselematan yang diberikan dan klik [Seterusnya].
  9. Masukkan kata laluan yang baharu dan buat pengesahan kata laluan.
  10. Kemudian, klik [Tukar kata laluan].
  11. Mesej “Penukaran ID Pemohon Telah Berjaya” akan dihantar kepada anda.
  12. Log masuk kembali akaun STR dengan kata laluan yang baharu.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Semua informasi dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR. Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, sila rujuk di bawah.

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment