STR BUJANG : SEMAKAN STATUS FASA 4 2025
Fasa akhir pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak, bermula pada tarikh rasmi pembayaran yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status str bujang? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: APA ITU BANTUAN MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU STR BUJANG?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan. Bantuan ini merangkumi beberapa kategori penerima, termasuk kategori bujang, di mana individu bujang berpendapatan rendah layak menerima STR bagi meringankan kos sara hidup dan memenuhi keperluan harian.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN STR BUJANG
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk penerima kategori bujang adalah seperti berikut:
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
SEMAKAN STATUS ONLINE
Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN STATUS
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
‘Tiada Akaun Bank’ atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan |
TARIKH AKHIR PERMOHONAN & KEMAS KINI
Tarikh tutup permohonan baharu serta pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2025 adalah pada 30 September 2025, jam 5.00 petang. Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan dan kemas kini maklumat sebelum tarikh tersebut.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah pelajar IPT sepenuh masa layak terima STR Bujang?
- Tidak boleh. Pelajar sepenuh masa tidak layak untuk memohon dan menerima bantuan STR bagi kategori bujang.
- Bagaimana jika permohonan STR Bujang ditolak?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh membuat rayuan melalui portal rasmi STR dalam tempoh yang ditetapkan.
- Adakah bayaran STR Bujang masuk ke akaun bank automatik?
- Ya, jika penerima mempunyai akaun bank aktif, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima mengikut yang didaftarkan. Jika tiada bank akaun, penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan BSN berdekatan.
- Berapa kali STR Bujang dibayar setahun?
- Pembayaran STR dibuat secara empat (4) fasa setahun.
- Adakah STR perlu dibuat permohonan baharu setiap tahun?
- Tidak, permohonan STR hanya perlu dibuat sekali sahaja. Namun, pengemaskinian maklumat perlu dilakukan sekiranya penerima tidak membuat kemaskini selama tiga (3) tahun berturut-turut, atau berlaku perubahan maklumat peribadi.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]